Eastern Grind Unleashed

-4-Way Split
(Straineyes Pro., 2005)


Apakah yg dapat diharapkan daripada split cd ini dengan menampilkan kesemuanya kumpulan grind dan mungkin akan ada sedikit skeptikal kerana tiada apa yg dapat dibandingkan antara mereka, muzik yg blasting, vokal yg terus menjerit dan ketukan drum yg padu malah kerja gitar pun boleh diagak!!! nampaknya kenyataan ini dibuat dengan begitu melulu, Walaupun kumpulan dalam Split cd ini datang daripada satu genre iaitu Grind tapi ia begitu menjelaskan kemampuan setiap kumpulan dan terdapatnya perbezaan yg ketara antara mereka dan sebenarnya kemampuan setiap kumpulan benar-benar menyerlah dalam split ini kredit diberikan buat Straineyes Production. Jika anda ingin lebih mengetahui mengenai Grind pastinya Split Cd ini mampu memberikan apa yg anda inginkan kerana walaupun mereka muncul sebagai satu genre yg begitu dilihat penuh dengan tipikaliti dan kurang bersifat profilik tapi setiap kumpulan telah memberikan perspektif yg berbeza dan seterusnya kita dapat merasakan perbezaan antara mereka, walaupun jika ada yg tidak bersetuju dengan saya tapi perbezaan sound yg begitu ketara dan juga dengan style gitar mereka walaupun ada sikit unsur tipikaliti tapi ini tetap memberikan satu ‘refreshment’ apabila track beralih kepada kumpulan lain malah jika ada yg mengatakan vokal dengan jeritan yg tiada bezanya tapi semuanya kita boleh terus dengar disini setiap kumpulan tampil dengan identitinya mampu membuat kita terus mendengar sehingga ke track terakhir. Fallen World dan Eyesore dari Singapore serta Tools Of The Trade dan Negation dari Malaysia dan kesemuanya telah memberikan yg terbaik.

Fallen World benar-benar aggression dengan muziknya bersama duo vokalis mereka malah kadang-kadang vokalis jeritan mereka akan mengingatkan saya diawal ‘career’ Napalm Death , tapi keunikan mereka dengan track ‘Five-O’ benar-benar menarik tapi ia bukanlah menggambarkan keseluruhan muzik mereka yg dilihat tidak dapat lari dari tipikal Grind tapi yg sebenarnya dan harus dilihat ialah kemampuan mereka membawakan muzik agresif dengan penuh konsisten.

Perbezaan Tools Of The Trade ialah pada vokalis mereka malah tentunya gaya gitar dan susunan muzik yg banyak berbeza tapi pada saya mereka kelihatan sama kategori dengan Fallen World membentuk muzik Grind biasa dengan agresifnya semestinya mereka tidak gagal dengan elemen ini dan boleh juga dilihat mereka cuba meletakkan muzik yg sedikit catchy pada lagu Forsaken malah dalam lagu-lagu mereka elemen ini juga cuba diterapkan walaupun tidak banyak.

Eyesore sebenarnya menunjukkan kemampuan yg maksimum dengan hasil kerja gitar yang begitu terserlah ! malah dapat mencari sound yg sesuai, ia seolah-solah dengan bunyi yg raw tapi jelas kedengaran setiap kod disamping dengan jeritan dan dan gaya growl yg kedalam dan padat dan inilah terselit keunikan vokalis mereka serta menjadikan muzik extreme mereka begitu menarik dan unik, tapi walaupun setiap band tampil dengan muzik yg extreme tapi kekuatan mereka adalah daripada hasil gitar yg begitu menarik dan dengan sound yang tajam juga tak lupa buat kedua-dua vokalis . Walaupun dalam kelajuan permainan tapi muziknya begitu dihayati. Kredit buat mereka.

Negation yg telah lebih 10 tahun wujud di Malaysia semenjak zaman ‘pergolakkan’ Black Metal lagi, kali ini benar-benar membawa kemarahan mereka kedalam muzik dan seperti tiada apa yg mampu menghalang, dan tentunya drummer mereka begitu menjadi perhatian, momentum sebagai kumpulan yg telah lama bertapak benar-benar terasa malah tidak terlalu terikut dengan muzik tipikal Grind, apa yg perlu dilakukan ialah luahkan segala sifat amarah dan inilah hasilnya yg paling padat mungkin kesan bunyi gitar yg lebih tersebar dan menonjol serta tak lupa kepada penyusunan antara permainan drum dan gitar telah menjadikan ianya begitu memenuhi setiap inci ruang audio malah ditambah dengan vokal yg bertenaga terus menjadikan muzikalnya penuh bersemangat. Yup ! tahun 2005 menyaksikan kembalinya mengganas veteran grind Malaysia ini !!!


Total songs 28 tracks. Quality sound guaranteed with professional sleeve and color printed CD (plus lyrics).
You can get it from:

STRAINEYES PRODUCTIONS
Mazmi Arshad
2115-21, Jalan Sungai Gombak,
53000 Kuala Lumpur,
Malaysia

email: strainoise@yahoo.com
p/s - for wholesale price, pls contact Mazmi directly



-Pikrama