All that Remains
- This Darkened Heart
(Prosthetic Records 2004)

Dewasa ini Metalcore dah menjadi semacam tepu, melimpah-limpah lemaknya sehinggakan dah takde ruang dah untuk band genre lain dari arus perdana bernafas. Sementara band seperti Killswitch Engage dan beberapa lagi yang seangkatan berarak menuju popularity ke arus perdana.. band yang baru pula kian tumbuh seperti cendawan dari hari ke hari.

Namun All That Remains masih kekal bertahan dengan statement bersama Philip Labonte (ex-Shadows Fall). Aku langsung tak paham sampai sekarang, dari apa yang aku dengar dari awek aku, (minah ni memang taik metalcore! Nyampah btul aku dapat awek camni..) Philip blah dari Shadows Fall pasal dia nak bikin sebuah band yang lebih Death Metal & stail yang lebih tr00 brutalnya. Bagi aku album ni tak ada la death metal sangat kalau nak dibandingkan ngan band Metalcore yang lain, memang aku sokong kat sini ada solo yang lebih baik, tapi ia masih tak cukup berat atau apapun dari segi itu.

Dari lagu pembuka, And Death in My Arms, kita hanya akan dapat, apa yang bagi pendapat aku hanya Metalcore yang telah di’gothenburg’kan dengan tidak masuk akal dan tak hensem langsung. Bukan nak kata muziknya buruk dan tak best, maksud aku muzik camni boleh kata ok la tapi ia tak berjaya untuk menarik perhatian aku supaya mosh, headbang, atau sekurang-kurangnya mengambil perhatian pada muzik yang aku sedang mainkan. Solo gitar ok, begitu gak dengan riff breakdown yang telah diapit atas bawah seperti kuih apam balik yang lazat. Ini sahajalah yang berlaku untuk keseluruhan album, terdapat cebisan sini dan sana yang bunyinya menarik (kebanyakannya part solo) tapi dari aspek keseluruhan album. Aku tak fikir yang aku telah ditinggalkan dengan sesuatu yang kekal dalam sereberum aku. Aku tak ditinggalkan pada satu peringkat dimana aku akan cakap dalam diri aku “Humang aih, album ni memang dahsyat!!”, aku juga langsung tidak ditinggalkan dengan perasaan yang mengatakan album ini boleh tahan. Ia hanyalah seperti album tu wujud dan dia mmg ada kat situ, aku tau album tu mmg ada kat situ tapi aku tak ambik port langsung album tu ada kat situ.. Haa, lebih kurang camtu le perasaan aku!

Jadi aku ingat keputusan terakhir yang dapat aku putuskan ialah jangan amik peduli, kecuali jika engkau kehabisan album untuk beli, aku rasa mungkin engkau tak akan membencinya.



1/5 - Metal Basher