|
Extreemmusic dilihat akan terus menerbitkan album-album yang berpadanan dengan kejayaan kumpulan-kumpulan extreme besar yang telah berjaya. Apa lagi yang patut saya katakan, skill, teknik dan produksi ? dan tanpa bercerita dengan lebih lanjut sememangnya kumpulan-kumpulan luar mempunyai keupayaan yang luar biasa. Namun yang akan menentukan kejayaan nasib mereka ialah adakah mereka sendiri mampu untuk membawanya dengan penuh idea dan seterusnya idea-idea inilah yang akan membuat mereka dapat melangkah dengan lebih jauh lagi.
Bagi Anvil Of Doom adalah mudah, inspirasi mereka adalah In Flames, Ataupun mereka lebih mendekatkan kepada Gothenberg Death Metal. Jadi dapatlah kita bayangkan mengenai muzik mereka. Dengan lagu-lagu awal mereka yang tidak dapat lari daripada pengaruh yang disebutkan tapi mereka tidaklah mencedok sesuatu dengan 100%, riffing yang melodik dengan vokal ala jeritan yang bergabung bersama vokal growl, malah selepas lagu kelima nampaknya mereka cuba berusaha memisahkan dengan idola mereka maksudnya riffing dan gaya gitarnya tidaklah kedengaran In Flames sangat tapi untuk mengatakan yang melodi mereka ‘best’, susah juga buat saya. Tapi bagi peminat muzik Melodik terutamanya yang mempunyai pengaruh Gothenberg pastinya memberikan kesan lebih positif dalam diri mereka...
-Pikrama
|