|
Pergghhh sound mmg mengancam , dgn double paddle yg meletup dan penuh ‘lemak’ , Hasil pro daripada kumpulan Thrash Metal daripada Penang . Walaupun kalau dilihat perjalanan muzik mereka sebelum ini , yg mana saya pernah mendengar rehearsel/promo oleh mereka dalam beberapa tahun sebelum ini yg amat berbeza daripada EP yg dihasilkan , Bagi saya lagu promo yg dihantar itu lebih extreme dan mempunyai ‘direction’ sendiri dan tak lupa juga EP ‘Time To Change’ ini turut juga memuatkan lagu lama tapi sayangnya , ia bukanlah lagu daripada promo tersebut tapi yg lebih awal lagi yg melihatkan bagaimana Argonist begitu dipengaruhi oleh kumpulan Langsuyr sejak awal penubuhan mereka , tapi ini bukan satu masalah kerana Langsuyr sememangnya memberi pengaruh yg signifikan utk kumpulan-kumpulan Underground Metal di Malaysia
Saya sendiri pernah bertanyakan hal ini kepada vocalist mereka , mengapa nak merakam lagu lama semula , jika dilihat lagu baru dan melihatkan bagaimana Argonist mula menyulam dgn elemen melodic dan solo yg menarik , saya pasti ia bukanlah susah utk mereka membuat lagu bagi menentukan hala tuju utk jangkamasa panjang dan membuktikan kepada para pendengar , tapi sayangnya saya ada sikit masalah insomnia akibat kerana masalah alcohol sejak dulu . Tapi seingat saya , alasan mereka itu walaupun membuat saya menyampah tapi kalau difikirkan ianya relevan juga. Cuma kadang-kadang tu agak saying bila memikirkannya
Tapi satu kepuasan yg tentunya tak dapat dinafikan ialah rakaman mereka , yg secara semulajadi telah memperkuatkan lagu-lagu dalam EP ini.
3/5 -Pikrama
|