
|
 |
 |
|
|
|
Dengan nama yang gah ... mereka boleh dikatakan telah melalui segalanya. Walaupun As Sahar berasal dari pulau kecil Singapura tapi sinonimnya nama As Sahar dengan scene Malaysia tidak dapat dipisahkan ianya seperti satu perasaan sentimental.
Jika anda mengenali As Sahar dan sentiasa mengikuti setiap keluaran mereka, anda tentunya tidak akan terperanjat dengan hasil terbaru ini dan ini bukanlah sesuatu yg baru, ingatkah anda semua pada album ‘Phenomistik’? mereka pernah mengatakan mereka ingin menghasilkan sesuatu yg raw seperti konsep kembali ‘keasal’ tapi untuk ‘Phenomistik’ mereka lebih mengutarakan sound yg raw berbanding muzik yg telah diakui ramai sebagai mempunyai pengaruh ‘ketimuran’ dan bagaimana pula dengan ‘Jaan’ ?.
Jaan sebenarnya terus mengukuhkan pandangan saya mengenai arah muzik mereka yg begitu sukar untuk diagak tapi kalau diteliti Jaan bukanlah terus ‘lari’ daripada muzik As Sahar sebelumnya, mungkin dalam album terbaru ini kita mendapati sound yg raw dan drum yg dimainkan seperti straight-forward(tidaklah 100% sebenarnya – tapi saya amat suka gaya dan bunyi double paddle mereka) dan terdapatnya pengaruh Darkthrone pada lagu tertentu tapi ini bukanlah bermakna lagu mereka begitu monotous kerana semua ini dengan sedikit demi sedikit ditenggelamkan trademark As Sahar yg telah ditetapkan oleh mereka semenjak EP ‘Al Rischa’.
Ataupun jika diukur secara keseluruhannya kita akan mendapati sound yg raw dan kita juga akan mendapati pengaruh seperti di zaman ‘copy-cats’ Darkthrone tapi seperti yg telah dinyatakan semua ini bukanlah satu elemen mandatori buat As Sahar kerana mereka masih berjaya dengan iramanya, Dengarkan gaya dan lenggok gitar mereka dimainkan malah jika tanpa rujukan inlay atau apa-apa saya begitu pasti bahwa inilah As Sahar dan inilah kekuatan buat As Sahar ! Mereka tidak pernah gagal dari segi irama.
Dan mungkin akan ada sedikit perasaan yg ingin membandingkan keluaran mereka sebelum ini dan sebenarnya keutamaan album ini adalah untuk memberikan ingatan nostalgia mereka dan juga satu penghormatan buat kumpulan-kumpulan Black Metal terdahulu yg amat dikenali dengan sound dan muzik yg raw dan ini telah ditujukan khas oleh mereka buat Bazzah, Nebiras dan Rator ... All Hail As Sahar !!! All Hail Black Metal !!!
-Pikrama
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
|
|
Setelah dengan jayanya mereka memperolehi status yang cukup disegani di Malaysia , mereka mula mengorak langkah lagi sekali , namun untuk mencapai ke tahap ini bukanlah perkara mudah dan itulah yang pernah dikatakan mereka , sebenarnya dua lagu dalam album ini pernah dimasukkan sebelumnya di dalam kompilasi yang begitu ‘memorable’ yang dihasilkan oleh Nebiula Pro. iaitu ‘Storm Of Nebiula’ , dan kali ini di dalam album Phenomistik mereka telah melakukan perubahan yang agak mendadak walaupun daripada segi susunan lagu tidak berubah tapi apa yang akan dilakukan agak mengejutkan .
Pernah saya baca dalam temuramah mereka(lupa nama zine tu.) yang kali ini mereka akan mengarahkan muzik mereka dari era awal Black Metal atau ‘back to basic’ namun tidaklah mengorbankan apa yang dilakukan mereka sebelum ini dalam mengetengahkan muzik Eastern Metal. Menampilkan kesan bunyi yang ‘kotor’ dan ‘kasar’ dan sememangnya album ini memang agak ‘raw’ daripada segi bunyi gitar , jika nak dibandingkan kualiti lagu mereka dalam kompilasi ‘Storm Of Nebiula’ begitu jauh bezanya kerana kualiti bunyi yang ditampilkan cukup ‘bersih’ . Namun elemen-elemen ‘mistik’ dalam album ini adalah begitu ketara sekali berbanding EP sebelum ini dengan muzik yang diteraskan kepada Black Metal yang agak atmosphere dan dilakukan cukup berkesan , unsur ‘eastern’ yang diterapkan begitu menyerlah sekali dan kemasukkan pemain drum baru daripada Impiety bersama-sama sekali dengan ‘trademark’ beliau menambahkan lagi kekuatan album ini dalam mencapai tahap yang terbaik . Kemasukkan alatan muzik tradisional menambahkan lagi unsur-unsur muzik eastern yang ingin ditonjolkan tapi pada saya muzik teras daripada permainan gitar merupakan elemen terpenting yang berjaya diketengahkan dengan permainan yang cukup berkualiti.
Hasil yang pastinya akan terus dimiliki oleh mereka yang sentiasa percaya dalam era perubahan muzik Metal di Malaysia...suatu ketika dahulu.
-Pikrama
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
|
|
Antara kumpulan yang akan sentiasa dikenang oleh mereka yang pernah melalui keadaan pada waktu itu . Sejak munculnya demo kumpulan Langsuir ‘Occultus Mysticism’ , pengkelasan dalam muzik Metal telah mula bertambah , malah satu fenomena yang bakal melanda dan seterusnya menjadi sejarah antara kumpulan-kumpulan Metal di Malaysia dan juga Singapura . Fenomena yang diperkatakan adalah Eastern Metal yang kadang-kadang dipandang rendah oleh golongan pesismis , dan ketika ramai yang agak sibuk dalam membicarakan tentangnya agak malang kerana banyak kumpulan yang tak mampu mempraktikkannya dalam muzikal selain hanya daripada segi lirik.
Meditation Embun Pagi ataupun Santau merupakan gerakan awal yang dilakukan oleh As Sahar dalam memberikan semula identiti kepada mereka daripada segi muzikal mahupun lirik , keberkesanan mereka dalam merealitikan muzik selari dengan lirik dapat di dengar di sini , perubahan yang begitu mendadak jika nak dibandingkan dengan demo sebelum ini . Pencapaian mereka dalam Ep ini agak memberangsangkan , permainan gitar malah setiap riffing telah dibentuk dalam mewujudkan elemen ‘Eastern’ walaupun pada ketika ini ianya tidaklah begitu ketara tapi masih dapat dirasakan , untuk mewujudkan suasana sebegini bukanlah semata-mata bergantung pada elemen yang berpandukan kelembutan bunyi ataupun muziknya kerana kelembutan bukanlah perkara utama kerana Ep ini sedikit ‘raw’(mungkin hasil daripada kualiti rakaman) dan agak agresif permainan muziknya , nampaknya kreativiti dalam penghasilan lagu adalah perkara utama , dan Ep ini akan dikenang sebagai satu hasil yang cukup membanggakan.
Meditation Embun Pagi telah melonjak nama As Sahar dalam gerakan Metal tempatan malah mereka merupakan satu-satunya kumpulan luar yang telah berjaya mengukuhkan tapak mereka dengan amat berkesan sekali daripada peminat akar umbi dan seterusnya munculnya peminat-peminat As Sahar yang agak fanatik di Malaysia ... pada ketika itu.
-Pikrama
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
|
|
Satu lagi keluaran yang telah begitu lama dipendamkan dan ianya tak pernah didengarkan ataupun dikeluarkan untuk umum , itulah seperti yang dikatakan mereka mengenai demo(remastered) ini dengan menampilkan 4 buah lagu dan satu remix. As Sahar adalah kumpulan yang penuh dengan kontroversi tapi ia adalah satu kumpulan yang begitu cepat berevolusi , apakah evolusinya ? satu perbandingan yang amat jelas antara demo mereka sebelum ini yang bezanya hanya setahun .
Devilation Masters melihatkan satu bentuk muzik yang begitu ‘tight’ , permainan yang serba matang terutamanya perbezaan yang amat ketara dalam permainan drum dan gaya gitar mereka , boleh dikatakan Devilation Masters lebih kedepan atau melangkaui jangkamasa pada zaman itu seperti yang diketahui umum tahun itu(1994) satu permulaan era baru untuk kumpulan-kumpulan di Malaysia dan Singapura dalam memperkenalkan apa yang dipanggil Eastern Metal dan perbandingan hasil mereka diteruskan dengan keluarnya ‘Meditasi Embun Pagi’ pada 1995 satu perbezaan pada saya yang amat jauh sekali berbanding demo ini yang dikatakan dirakam pada 1994.
Satu sebab mengapa saya mengatakan ianya melangkaui zaman kerana pada saya bentuk struktur muzik dalam demo ini mempunyai persamaan dengan album mereka yang dikeluarkan pada tahun 2001 iaitu ‘Intifada’ bezanya cuma dengan demo ini ialah ianya dimainkan agak laju dengan sound pada gitar yang lebih menonjol dan sedikit raw serta vokal yang lebih ganas dan lagi sekali saya merasakan ianya juga menghampiri dengan mini-album terbaru mereka iaitu ‘Al-Rischa’. Satu demo yang amat baik dari segi muzik dan produksi,Tapi meninggalkan satu persoalan..
-Pikrama
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
|
|
Dengan band ini kembali kepada black metal dan Hanael kembali ke dalam band serta Najasakhtee dari HAYAGRIVA sebagai drummer, ini merupakan berita baik kepada peminat As-Sahar. One Barchiel kembali bermain black metal. Untuk berapa lama? Selepas ni apa pula? Beliau menyatakan dalam interview (Steel Madness #2), As-Sahar adalah sebuah muzik band dan rasanya tiada siapa dapat mengagak stail apa yang akan beliau mainkan untuk keluaran seterusnya. Seperti yang yang telah beliau katakan, beliau mendengar kembali lagu² lama As-Sahar dan band Sweden Naglfar di mana mereka memberikan ilham kepadanya untuk merakamkan "Al-Rischa" jadi secara umumnya itulah yang akan anda dengar dalam Ep 5 lagu ini. Lagu²nya seolah² gubahan semula lagu² lama mereka yang telah digabungkan black metal melodik Sweden. Jika sudah biasa dengan lagu² lama mereka dan juga Naglfar, anda akan dapati persamaan tersebut. Selain 3 lagu 'baru', mereka merakamkan semula sebuah lagu dari demo mereka yang telah ditambah dengan keyboard serta sound yang lebih bagus tetapi saya masih suka versi 'raw' atau versi asal lagu tersebut. Dan Jadam juga membuat sebuah tekno remix untuk lagu "Temanku Fantasia" (from "Intifada"). Remix kali ini lebih baik daripada apa yang beliau buat untuk Sil Khannaz. Ya, "Al-Rischa" adalah lebih baik daripada 2 keluaran terakhir band ini ("Baku Karama" dan "Intifada" tidak begitu teruk sebenarnya dan kedua² album ini adalah unik) tetapi ia masih jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan "Meditation…" or "Phenomistik".
3.5/5-Syukri Ishak
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
|
|
‘Al-Rischa’ bukanlah sebuah EP yang terus menjadi kesinambungan idea baru yang sentiasa mencetus kontrovesi mahupun dengan muzik experimental yang agak moden tapi ia adalah seperti langkah yang kebelakang , benarlah kata Wan yang EP ini merupakan kerinduan mereka terhadap lagu-lagu lama As-Sahar di era kegemilangan Black Metal mereka .
Pengaruh mereka memang jelas daripada EP ‘Meditasi Embun Pagi’ , album ‘Phenomistik’, split ‘Beyond Firmament’ dan album ‘Intifada’ dengan kata lain ia adalah gabungan struktur muzik mereka yang lebih kepada muzik Black Metal mereka dahulu dan dengan sound yang bersih dan kemas sepertimana didalam album ‘Intifada’. Seperti lagu ‘The Pisces We Are’ pada saya ianya lebih kepada lagu ‘As-Sahar’ dan ‘Senandung Surabaya’ tapi kali ini ianya disaluti dengan idea-idea baru yang pastinya membuatkan kita tidak bosan walaupun telah berpuluh kali mendengar lagu ‘As Sahar’ sebelum ini dan dalam EP ini juga dimuatkan karya remix yang dihasilkan oleh Jadam daripada lagu ‘Temanku Fantasia’ , lagu remix ini tidaklah begitu tekno tapi ia telah menghilangkan identiti originalnya juga hilang dalam fikiran Jadam , saya agak kurang minat muzik begini .Lagu ‘Behind The Birth Of Mass’ yang dipetik daripada demo mereka juga diberi dengan sound yang baru , memang menarik!! . Vokal Wan kali ini juga memang ganas sepertimana didalam album ‘Phenomistik’.
‘Al-Rischa’ merupakan sebuah EP yang semestinya kepada mereka yang masih percaya kepada As Sahar , ini lebih baik berbanding dengan kumpulan-kumpulan lain yang berpengaruhkan album lama As Sahar, kelemahan yang ketara daripada kumpulan-kumpulan tersebut adalah struktur muzik yang lemah dan mempunyai ruang kosong . Pada As Sahar , ‘Al-Rischa’ merupakan kerinduan mereka terhadap apa yang dilakukan oleh mereka dahulu tapi pada saya EP ini membuatkan saya sukar untuk mengagak arah muzik mereka selepas EP ini..............Nampaknya mereka benar-benar berkarya dengan bebas.....
4/5-Pikrama
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
As Sahar - Intifada CD (Nebiula Production)
|
|
Memang agak mengecewakan bila memikirkan tentang perubahan arah muzik mereka suatu ketika dahulu.
Dan saya percaya bahawa heavy metal ala XPDC akan menjadi teras muzik mereka utk keluaran selepas Baku Karma
.Tapi album terbaru mereka Intifada memberikan saya jawapan yang berbeza.Dalam album ini One Barchiel telah mengekalkan
nyanyian secara growl bukan menyanyi seperti biasa dalam Baku Karma dan suara growl kali
ini tidaklah seganas semasa era kegemilangan Black Metal mereka.Sebelum itu hanya One Barchiel sahaja anggota asal yang terlibat dalam album ini.
Muzik mereka kali ini lebih kearah Metal tapi tidak terlalu keras dan tidak pula terlalu mendayu spt Baku Karma.As Sahar telah melakukan
sesuatu yang baru,dengan muzik yang segar,permainan gitar yang begitu menarik dan mudah ditangkap serta melodinya
yang begitu mempesonakan,muzik elektronik yang dimainkan oleh Jadam(Mesmerized) membuatkan album ini
bertambah unik ianya begitu mengena utk setiap lagu.Pada saya As Sahar pada kali ini lebih bersifat
experimental dan pastinya As Sahar akan terus berexperimen utk muzik/album akan datang.Sound
mereka kali ini begitu hebat.....Kalau anda ingin mengetahui lirik mereka,lihat sahaja tajuk lagu mereka..JIHAD,IMAN DAN MAKMUM POLITIK,IKHSAN BERBAUR DAKYAH,BOLEHKAH MENAFIKAN MATI,
HAMAS,FANTASIA TEMANKU FANTASIA,TIMO JHEN dan TUNTUTAN UKHWAH...
*****-Pikrama ABD
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
As Sahar - Baku Karama CD (Nebiula Production)
|
|
I have always been a staunch supporter of As Sahar. Since the very first time I listened to their Death Metal oriented demo. The Black Metal albums they released under Nebiula had always been a favourite of mine. And the mess they venture during their cat-and-dog fights with the rest of the Singaporean scene had also put in the extra flavour. Not until when the surprise they put in this album. I have sense it with the one song that appeared in Storm of Nebiula comp. Part 2. I said to myself, this would be it. As Sahar is no longer what we know them. As Sahar is now doing the Heavy Metal thingy with some Punk influence (nearly crashing to Green Day’s boundary). I am not saying the songs are bad but it just will not fit with the band’s known Black Metal imagery. They should have buried the band and start with other name. The songs are good for XPDC inspired crowd. The formula is there but misplaced so badly…
***-BG
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
As Sahar(Singapura) - Casus Luciferi (Nebiula Production , 2001) 
|
|
The re-release of their debut demo 1993. This is the second time Nebiula release this demo. The last time was in 1997 as cassette LP together with “Meditation Embun Pagi” cassette EP (excluding 1 instrumental song from this EP). I am not exactly sure AS~SAHAR discography before they release “Santau”. According to their bio 1999, they release a 2 track tape in 1993 and then “Santau”. Nothing is said about “Casus Luciferi”. Anyway this tape contains 7 tracks including an intro. The style is fast and raw black/thrash with an ugly sound. The songs just turn me on! An essential release for your AS SAHAR collection.
c/o Ridzuan Abd. Aziz, Blk 58, Marine Terrace, 07-57, Singapore 440058
3.5-Syukri Ishak
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
As Sahar - Bomohymns Okultika (Nebiula Production , 2001)
|
|
Another re-release material from Nebiula. “Bomohymns Okultika” contains 8 songs. The songs on side ‘Bomohymns’ are live songs never release before officially and this is our bonus. Side ‘Okultika’ features the songs from “Beyond Firmament”, the split album with HAYAGRIVA (Malaysian black metal) released by MEMORIES RECORDS 1999. The split album supposed to be released as CD, beside the usual cassette format but I guess the label only able to make flyers and spread the news of the CD but never really release it. The live songs are recorded from their gig in Penang. Contain 1 song from their cassette EP 1995, 2 songs from cassette LP 1996 and a Hades cover. About the ‘okultika’ songs, that is their latest black metal recording before they change their music style. It includes the re-recorded “My Hymns, In The East” (from EP 1995), 1 ambient/instrumental song and 2 AS~SAHARian black metal songs. Dark and melodic black metal as great as the songs in EP 1995! Another essential release for your AS~SAHAR collection.
c/o Ridzuan Abd. Aziz, Blk 58, Marine Terrace, 07-57, Singapore 440058
3.5-Syukri Ishak
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
|
|