
|
 |
 |
|
|
|
Rilis keenam Black Label Society ini mengembalikan semula ingatan penulis kepada corak permainan gitar Zakk Wylde yang ditampilkan dalam album terdahulu pada tahun 1996 iaitu, 'Book of Shadows' – dimana sound akustika mendominasi keseluruhan album, manakala muziknya pula lebih laid back dan relaxing.
Cuma perbezaan yang dapat dikesan antara kedua album ini ialah 'Book of Shadows' turut tidak ketinggalan mempunyai part distortion yang mantap namun tidaklah semantap lagu yang terdapat dalam 'Hangover Music' ni. Muzik heavy metal yang berorientasikan solo yang mendidih, mid-track berat yang crunchy atau bass line yang mengular dah memang jadi trademark BLS sejak turun temurun lagi. Vokal aggresif Zack muncul dibeberapa tempat, manakala selebihnya ialah clean vokal yang mendayu. Walau bagaimanapun penulis terpaksa menegaskan bentuk acuan 'Hangover Music' masih lagi toned down jika hendak dibandingkan dengan BLS yang tipikal, namun tidak dinafikan juga kali ini feelnya agak lebih dark. Sebuah korus yang bagus dan asli dapat didengari dalam "Crazy or High", dengan distortion yang menendang serta solo yang bercelaru melengkapkan lagi perjalanan lagu ini. Lagu "Steppin' Stone" mengenengahkan mood yang melankolik dan korus yang merintih disamping "House of Doom" mempunyai percampuran berat dan ringan yang seimbang. Antara highlight lain termasuk "Won't Find it Here," (korus yang menjengkelkan dinyanyikan dengan hebat!) "Queen of Sorrow," (unsur mid-track elektrik grind yang mantap!) "No Other," (mempunyai feel dan flow yang boleh tahan) dan part yang paling berat sekali ialah dalam lagu "Layne."
P/s Beli album ni kalau dapat duit lebih hasil overtime claim!
3.8/5 -Bijak Sinner
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
|
|
1919 eternal merupakan rilis yang solid dari Zakk, mengandungi beberapa cuts yang menarik, tetapi secara keseluruhannya impak muzik yang slow dan juga produksi yang sederhana mungkin akan membuatkan sebilangan peminat Black Label Society kecewa. Bagaimanapun, dengan “the blessed hellride”, Black Label Society pasti akan merampas kembali takhta mereka sebagai album yang tidak boleh anda lepaskan! Kebanyakan lagu lagunya kali ini lebih banyak menyerang disamping bunyi distortion yang penuh tenaga dan kemarahan. Tak bagi can langsung dude! Wylde masih mencuba sedaya upaya untuk tidak menyamai vokal Ozzy/Anslemo, dimana beliau pada kali ini berjaya untuk mengenakan suara smooth atau agresif pada part lagu yang dirasakan sesuai. Ozzy juga turut menawarkan suara beliau untul single pertama ‘Stillborn’ (walaupun begitu, pada saya Zakk masih menonjol!) “Funeral bell’ merupakan track yang laju manakala ‘destuctin overdrive’ pula melulusi terma rock yang penuh energetik! Bercerita pula mengenai single, track ‘we live no more’ memang hebat kerana ianya merupakan kombinasi kedua-dua Black Label Society - berat & catchy. ‘blackened waters’ mempunyai unsur ringan / berat yang seimbang juga tidak lupa pada banyak part yang memang best kalau anda layan nyanyi dalam bilik air. Manakala lagu unplugged yang bertajukkan nama album pula bakal mengingatkan anda kembali kepada ‘pride and glory’ dan juga ‘book of shadows’. Lain cuts yang betul betul solid ialah ‘suffering overdue’, lagu multi tempos ‘final solution’ dan juga ‘doomsday jes*s’ yang mempunyai part korus yang pasti menghiris!
9.3/10-Bijak Sinner@g.g
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
|