Devastator
(M'sia)

-Christ Devastation
(Demo, 2005)
Promo terakhir yang aku terima daripada band M'sia yang memainkan konsep thrash metal ialah Spagatory. Kalau hendak dibandingkan dengan Spagatory mungkin Devastator mempunyai kelebihan memandangkan kualiti rakaman serta lagu yang dipersembahkan. Corak permainan Devastator adalah lebih kepada corak permainan yang sering dibawakan oleh band thrash yang datangnya daripada negara-negara Amerika Selatan seperti Chile dan Peru. Kesimpulannya demo mereka ini tidak terlalu terpengaruh kepada stail modern thrash metal yang dibawakan oleh band sekarang. Cuma apa yang aku perhatikan pembawakan muzik mereka adalah hasil gabungan genre black terutamanya pada vokal yang begitu jelas kedengaran. Aku tak pasti sama ada ini disebabkan oleh kualiti rakaman atau pun masalah ketika proses mixing. Satu lagi kelemahan yang aku rasa agak ketara ialah sound untuk hit - hat drum yang terlalu membingitkan walaupun instrument yang lain jelas.Walaupun begitu aku tertarik dengan corak permainannya kerana bagi aku corak permainannya lebih kepada Destruction semasa di awal kemunculan mereka dahulu.Antara lagu yang menarik perhatian aku ialah 'Christ Devastation' dan juga 'Warnings Of Decapitation' . 4 buah lagu serta 1 sebuah lagu cover daripada Bathory yang bertajuk "Armageddon".

8/10 - Death Die