
|
 |
 |
In Flames (Sweden)-Come Clarity
|
|
Dengan album kesembilan , In Flames telah merangka pelbagai perubahan – adaptasi dari kesan pengalaman melebihi sepuluh tahun dan ratusan konsert diseluruh Eropah. Mereka kini merasakan mereka adalah musician , memberikannya satu alasan yang tak mungkin disanggah, ia adalah realiti , berhadapan dengan muzik hampir setiap jam dan hari memberikankan mereka lebih ruang pembaharuan , tapi pembaharuan yang bagaimana ?, Jelasnya kita akan dapat mengenali muzik In Flames walaupun elemen komersil dan trend terkini mula menular dalam komposisi mereka . Sungguhpun tiada riffing-riffing yang mampu membuka mata dengan aksi yg terperanjat dan yang asasnya tiada solo yg menikam kalbu. Tapi In Flames akan terus memukau mana-mana peminatnya. Walaupun dengan persepsi yg pelbagai daripada peminat-peminat mereka yang telah lama mengikuti semenjak album ‘The Jester Race’ ataupun ‘The Whoracle’. Mereka pasti berpendapat In Flames kini hanya sekadar mampu melahirkan album demi album sahaja, tidak lebih dari itu – jauh sekali untuk mencapai sesuatu yg klasik..
In Flames seolah mencuba dengan cara yang kreatif walaupun apa yang dilakukan mereka seringkali dikaitkan dengan signifikan apa yang berlaku di Amerika . Muzik dengan gaya yang lebih trendy. Asasnya mereka pasti akan dapat melonjakkan jualan album ini. Malah kalobrasi bersama penyanyi pop Lisa Miskovsky melengkapkan usaha In Flames dari segi komersil dan sebagai penulis lagu yang cuba untuk mencuba dari pelbagai dimensi (menurut Anders Fridén).
Tapi tentunya tidak dinafikan kejayaan muzikal mereka didalam album ini, ia umpama satu usaha progresif sebuah band untuk membawa ke tahap yang berlainan tapi dalam masa yang sama masih meneruskan irama berat dengan ‘feeling’ yang berlainan jika dibandingkan saat-saat kegemilangan mereka dahulu, dan inilah In Flames yang terus menghurai setiap pengaruh muzikal untuk dimuatkan kedalam album mereka . Gothenberg Death Metal memberikan satu lagi kesan psikologi yang berlainan – anda boleh ambilnya dari sudut positif atau negatif tapi hasil mereka tetap sama dalam memberikan yang terbaik.
3/5 -Pikrama
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
In Flames (Sweden)-Soundtrack to Your Escape (2004/Nuclear Blast)
|
|
Ini adalah album terbaru daripada mereka , yang pastinya saya belum lagi mendengar album ‘Reroute To Remain’ kerana sedikit perasaan ragu-ragu , setelah sekian lamanya mampukah mereka dapat mepertahankan apa yang telah dilakukan sebelum ini atau adakah mereka terus terikut-ikut dengan peredaran masa yang lebih berunsur ‘trend’ atau lebih tepat lagi memasukkan unsur nu-metal yang seringkali dirujuk oleh generasi mangsa trend mtv sebagai Metal , inilah persoalan yang sentiasa bermain-main difikiran .
Nampaknya tidak begitu lama untuk saya terus membuat rumusan ketika mendengar album ini , muzik Sweden Death Metal masih lagi kukuh dalam penulisan lagu , malah ‘trademark’ mereka masih menebal , unsur-unsur muzik elektronik yang diletakkan tidaklah begitu janggal kerana sebelum ini didalam album ‘Clayman’ mereka telah melakukannya malah cara mereka memasukannya amat menarik dan sesuai dengan status mereka sebagai kumpulan melodik ; begitu juga dengan ‘clean’ vokal yang ditampilkan , ianya menambahkan emosi dalam sesebuah lagu . Anda pasti akan perasan yang riffing mereka semakin berkurangan namun ianya bukanlah masalah dalam menjana muzik yang bermelodik , jika dahulu hasil kerja awal mereka lebih menumpukan melodik dalam riffing malah riffing mereka sentiasa menjalar-jalar dalam setiap lagu, kali ini pengemudian muzik yang lebih sama rata , walaupun gitar masih peranan utama namun bagi saya vokal yang ditampilkan juga amat penting .
Sweden Death Metal akan terus dirujuk dan dikenali sebagai muzik yang penuh dengan melodik walaupun seringkali dikatakan sebagai mengambil kebanyakkan unsur muzik dan idea daripada NWOBHM namun mereka terus utuh hasil manipulasi idea yang sangat baik . In Flames tak pernah gagal dalam membawa kedalam dunia yang penuh emosi dan penuh dengan melodik.
-Pikrama
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
In Flames (Sweden)-Soundtrack to Your Escape (2004/Nuclear Blast)
|
|
In Flames kembali sekali lagi dengan Soundtrack to Your Escape! Dan misi utama mereka kali ini ialah bersedaya upaya memancing kembali peminat lama yang pernah satu ketika dahulu mengangungkan mereka. Ya lah, dah memang jadi resam setiap muzik apabila sesebuah band itu berjaya.. mereka akan jadi syok sendiri dan peminat pula seakan mula tidak ‘merestui’ syle baru yang diketengahkan kerana masih berpegang teguh dengan konsep asal. Namun penulis melihat konsep kembali ke akar umbi (kkau) ni dah jadi macam trend pulak bagi kebanyakan band metal 2-3 tahun kebelakangan ni.
In Flames boleh dikategorikan tergolong didalam kes yang sama namun kkau mereka tidaklah secara menyeluruh, membuatkan ianya tidak beberapa berjaya sangat. Baiklah, "The Quiet Place" merupakan single pertama didalam album ini yang sememangnya hampeh! Vokal kejap bising kejap clean ala nu-metal memang betul betul meng’spoil’kan mood penulis, dan ini tidak dinafikan akan turut mengecewakan para peminat klasik mereka. Lebih kurang dalam 2-3 lagu mengikut acuan vokal “kacau-daun” tu, tapi nasib baiklah ianya tidak merangkumi keseluruhan mood album. Malah, terdapat juga beberapa contoh dimana muzik (dan vokal) kembali menjadi kompleks. Mereka turut menceduk kembali stail lama yang pernah diaplikasikan pada album mereka di lewat 90an. "F(r)iend ialah track yang menghiris, "Dead Alone" mempunyai flow yang bagus, dan "Superhero of the Computer Rage" ialah track yang hebat dan paling agresif sekali dude! Antara lagu lain yang seharusnya diberikan perhatian termasuklah "Like You Better Dead" and "Dial 595-Escape."
Harapnya In Flames akan terus meneruskan usaha murni sebegini dimasa yang mendatang dan kalau boleh penerapan penuh kkau 100% pula. Walaubagaimanapun, 'Soundtrack to Your Escape' merupakan sebuah permulaan yang baik. Syabas In Flames!
P/s Beli album ni kalau dah keluar kat pasar malam!
2.9/5-Bijak Sinner
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
|