|
Katatonia terus berada diruang imaginasi yg tanpa batasan. Mereka membuka nilai komersil pada satu tahap yang tidak diduga oleh penggerak muzik komersil lain. Mereka tak terikut-ikut dengan mana-mana ‘trendsettings’. 3 tahun berlalu dan mereka kini muncul dengan ‘The Great Cold Distance’, album baru yg membuka diari 2006 bagi mereka. Elemen depresif masih kekal terbina dalam setiap karya . Katatonia bergerak seiringan dengan apa yang dilakukan mereka semenjak album ‘Discouraged One’, sebuah album peralihan yang mula melakar sejarah permulaan Katatonia, dengan penggunaan ‘clean vokal’.
Tapi komposisi mereka mula berkembang didalam album ‘Tonight Decision’. Kita boleh lihat pelbagai gaya untuk vokal dan juga muzikal yang lebih bercabang, mereka seolah-olah menulis lagu dengan lebih bebas tidak seperti didalam album ‘Dance Of Disember Souls’, ‘Brave Murder Day’ ataupun Ep mereka ‘Sound Of Decays’ dan ‘Discouraged One’. Ironiknya album-album lama inilah yang memberi kesan depresif lebih mendalam,walaupun muzikal mereka tidaklah terlalu sangat variasi tetapi secara psikologinya ia sangat menonjol dan lebih direct. Agak susah jugak kalau terlalu bernostalgia.
Tapi album ‘The great Cold Distance’ bukanlah sesuatu yang mudah untuk terus menjiwainya ataupun terus sahaja menangkap perasaan dengan hanya sekali main untuk beberapa buah lagu. Ia seperti berlegar-legar untuk disebatikan dengan perasaan. Jika ini dapat dilakukan , dengan pastinya – Katatonia mampu menawan jantung hati anda. Sepertimana mana 2 album mereka sebelum ini, ia sentiasa bergantung kepada penerimaan anda. Katatonia telah menunjukkan segala-galanya muzikal yg berat hingga apa yg telah kita dengar ke hari ini, dan mereka membuktikan bahawa ia bukanlah mengenai sebuah muzik tapi lebih terpancar kepada sesuatu yg emosional. Itulah Katatonia.
4.25/5 -Pikrama
|