|
Ia adalah sesuatu yg diluar jangka , Nazzaq kelihatan sangat underated , walaupun umum tahu mereka seringkali disebut-sebut dalam gerakan underground. Tapi bagaimana semuanya ini terjadi – saya masih ingat satu jamming session yg diadakan , malangnya dengan kekurangan anggota dan hanya dua orang sahaja yg bermain waktu itu , mereka tidak mendapat perhatian yg secukupnya utk saya memberikan reaksi yg sepatutnya , walaupun saya agak kagum juga dengan drummer mereka .
Tapi semua ini berubah dengan sepantas kilat, apabila saya ada sedikit ghairah bila mendengar ‘Screams Of Terror’ , sebuah album mereka … Ia adalah satu usaha yg mana, mereka seolah mendapat ramuan yg sempurna utk diletakkan kedalam lagu … dengan barisan ahli kumpulan yg berpengalaman, semestinya memberikan sedikit tekanan dan didalam ‘Screams Of Terror’ namun mereka telah melakukannya dengan sempurna dan kemas, ia seharusnya saya jangkakan kerana mereka bukan calang-calang .
‘Screams Of Terror’ adalah paparan Nazzaq kepada root grindcore dan sedikit elemen Death Metal dengan memberikan hasil yg sangat objektif . Ia bukan sahaja mengenai pukulan drum yg padu tapi gaya permainan gitar yg amat menarik , pembawaan yg paling penting dlm menjana muzik Nazzaq . ‘Scream Of Terror’ memahatkan rilisan yg bermutu , menempa dengan sound groovy walaupun nama mereka seakan tenggelam tapi sebaliknya ia bagaikan mutiara kepada sesiapa yg ingin menggilapnya .
4/5 -Pikrama
|