Nightclaws
(Malaysia)

-Uprising
(Demo)


Penerangan dalam flyers agak menarik dengan mengatakan yang mereka memainkan muzik Melodic Dark Heavy Metal , pasti dengan lantasnya saya memikirkan ‘Adakah macam Helloween,menariklah kalau macam tu’. Apabila habis keempat-empat lagu saya merasakan ungkapan yang ditulis mereka hanyalah sekadar retorik semata-mata, muzik mereka sebenarnya langsung takde kena mengena dengan Heavy Metal dan lagi satu muziknya tiada melodik, kalau ya pun mereka telah gagal dalam mencapainya. Sebenarnya sejak beberapa lama saya agak lembut dalam memberi kritikan dan saya pasti akan cuba terus mempraktikannya.

Daripada struktur muzik ianya begitu longgar , dan gaya permainan mereka seperti baru mula belajar bermain muzik dan tidak bertenaga, tiada apa yang dibanggakan disini dengan kod yang diulang agak melampau kerana kebanyakkan lagu hampir mencecah 8 minit ditambah lagi permainan keseluruhan mereka yang begitu lemah dan tak bertenaga akhirnya tempo muzik mereka yang perlahan , tiada kekuatan ataupun semangat daripada lagu yang dipamerkan, Vokal pula dinyanyikan dalam keadaan growl dan suara lagi satu seperti menyanyi dengan cuba menggunakan suara sumbang. Apa yang perlu dibuat mereka adalah terus berlatih bermain muzik dan dengarlah kumpulan-kumpulan yang menjadi idola anda selalu ,sebagai contoh ingin Heavy Metal yang bermelodik dengarkanlah Helloween dan cuba bermain muziknya walaupun vokal memang tak dapat diikuti tapi sekurang-kurangnya, latihan daripada muzik telah dilakukan. Jika ulasan ini dianggap terlalu kritis...cuba anda dengar demo tersebut berulang kali ,jika anda masih anggap ianya berbaloi pasti anda menghadapi masalah dengan pendengaran.

Walaupun saya membeli kaset tapi mereka dengan senang hati menyertakan sekali VCD yang saya jangka mereka telah merakamnya didalam studio , dan kualiti gambar agak baik dan begitu amatur dan tentang soundnya pula , bagi saya penyelamat kepada sound mereka yang dapat didengar kesemuanya adalah daripada permainan muzik yang seperti tiada semangat langsung.

Mungkin daripada penerangan saya anda akan menganggap ianya seperti muzik Doom, tapi ia jauh daripada jangkaan anda , dengan sekadar mendengar sahaja saya sudah mengetahui mereka bukannya cuba membawakan muzik Doom , ini menunjukkan betapa mereka perlu berlatih dengan lebih gigih lagi dan kena bertambah gigih lagi kalau ingin membawakan Heavy Metal...ia bukanlah muzik yang mudah seperti disangka.

Azrie
No 21,Taman Sri Aman ‘A’
Jalan Permatang Pasir
34950 Bandar baharu
Kedah


-Pikrama