Nightshaders
- Rougayah’s Revenge

(Demo, 2007)
Apakah Rougayah bakal menjadi satu epik buat mereka atau hanya merupakan satu simbolism . Selepas tak berapa lama mereka menghantar live promo dan tentunya bagaimana pandangan saya sebelum ni terhadap mereka bukanlah sesuatu yg perlu diikuti, ia hanya bagaikan satu harapan . Selepas melalui pertapaan utk pada satu jangkamasa .

Nightshaders muncul dgn rakaman yg rapi dan lebih tersusun . Dgn gitar yg lebih kedepan dan sedikit tajam namun pada saya ianya masih pada tahap standard yg bagus utk tahap demo . Ditambah lagi dengan permainan 2 gitaris yg jelas menguatkan lagu mereka , Nightshaders menyerlahkan permainan Melodik DeathThrash , Seperti yg dikata sebelum ini ia merupakan hasil kerja yg meyakinkan walaupun bukanlah satu hasil terbaik , namun mereka tetap berusaha tanpa terus mencilok ataupun rip-off band Melodik Death Metal ternama … secara lebih terperinci , Nightshaders tidak terus terikut atau terbawa-bawa dgn ‘tag’ Melodic yg dimainkan mereka … ia diadun dgn muzik Death Metal asli , walaupun pada satu tahap kita akan menjangka permainan mereka. Ini bukanlah ingin meremehkan keupayaan mereka yg sudah jelas menonjol , mungkin akan lebih berkesan selepas satu ketika dgn permainan yg lebih ‘tight’ .

Cuma pada satu keadaan saya merasakan gitar mereka spt tidak setara , ini hanya masalah kecil . Saya rasa apa yg perlu dilakukan lagi ialah seorang yg ‘perfectionist’ agar lagu-lagu yg dirakam tidak diambil mudah . Seperti yg dapat dibandingkan dgn track ke-4 mereka , yg mana ia satu hasil yg lebih kemas dari segi permainan dan juga tempo .



2.75/5 - Pikrama

Nightshaders
- Live Promo 2007
Kemunculan semula Nighshaders dizaman millenium ini dilalui dengan satu peralihan muzik , umumnya kumpulan Underground daripada Pahang ini sebenarnya sangat underrated buat peminat semua , Tak terkejut jika ada yg tidak tahu mereka merupakan sebuah kumpulan lama dan telah mengeluarkan sebuah demo(yg saya pun sudah lupa tajuknya) sebelum ini.

Dan diharap dengan perubahan arah , anggota dan diukur kematangan , Nightshaders dijangka mampu meneruskan satu langkah lagi berbanding demo mereka sebelum ini . Kerana saya pernah mendengarnya sekali (meminjam daripada Madie TnT), demo tersebut menggambarkan betapa mereka mampu utk menghasilkan sebuah muzik yg mantap dengan lagu yg midpace , ianya sangat sederhana tapi mampat dengan gabungan pelbagai genre doom/thrash/death .

Tapi apa yg berlaku hari ini adalah sangat bertentangan . Live Promo ini mungkin sedikit 'sloopy' ataupun kerana asasnya yg live itulah yg membuatkan lagu mereka seakan longgar, dengan mudahnya mengesan kesilapan dan struktur yg tidak begitu 'tight' ... Thrash/Death 'Heavenly Sin' merupakan pembuka lagu yg baik. Kekuatan mereka sebenarnya datang dari riffing , walaupun kadang-kadang tekniknya pada satu segmen tertentu mudah utk kita mengagak dan spt ianya sudah banyak kali digunakan oleh band lain . Tapi pada satu bahagian tertentu mereka mampu memberikan riffing yg baik spt yg ditunjukan pada lagu 'After Us' dan 'With Night We Rise' walaupun agak kurang mampat susunannya serta dgn sound yg semacam membuat riffing yg merupakan faktor penting mereka tenggelam , ia memerlukan satu penempuan penuh utk 'menelan' kerana soundnya yg menenggelamkan kebanyakkan bunyi gitar. Walau apa yg anda fikirkan bagi saya muzik begini seharusnya memerlukan satu sentuhan sound utk menyerlahkan atmosphere muziknya sendiri, tidak perlu gah dengan pelaburan ribuan ringgit , apa yg perlu ialah satu sound yg menonjol semua elemen penting muzik sesebuah band ... Tapi seperti yg dikatakan, ini merupakan sebuah promo live , kadang-kadang 'first impression' tu sangat penting . Jika nak diukur pada sudut lain, ini boleh dikira sebagai permulaan semula daripada mereka.

2/5 - Pikrama