Nortavlaggh.377
(Singapura)

-Let The War Begin MCD
((Sinistrous Nocturne Projeckts, 2004))


Sebelum ini saya pernah melawat laman web mereka dan saya sendiri agak ‘kabur’ dengan apa yang dipaparkan, apakah ianya sebagai sebuah kumpulan ataupun sekadar projek malah konsep yang diketengahkannya juga agak extreme dan jika ianya projek adakah ianya serius seperti konsepnya. Jika dilihat ia ditunjangi oleh seorang sahaja iaitu Zirkelloch yang merupakan juga tunjang utama KSK dan sebuah lagi kumpulan( re:ak:tor), dan kedua-dua kumpulan ini begitu berbeza dengan Nortavlaggh.377 kerana Nortavlaggh.377 lebih kepada muzik War Metal seperti yang didakwa berbanding kumpulan projek lain yang lebih kepada muzik elektronik.

Walaupun beliau kelihatan seperti sibuk dengan kumpulan-kumpulannya namun disini hasilnya bukanlah hanya sekadar biasa sahaja, beliau sememangnya tahu apa yang perlu dilakukan daripada produksi sehingga ke muzik (boleh juga diteruskan juga kepada cover dan cara pembungkusan yang dibuat seperti digipak). Sound MCD ini begitu bagus dan profesional dengan sound gitar yang kasar yang tidak terlampau kedepan serta dengan vokalnya yang seperti diefek(dan masih dengan jeritan yang kasar) nampaknya gabungan ini begitu menjadi dengan konsep keseluruhan muzik. Mungkin apa yang ditampilkan agak biasa iaitu dengan muzik yang pantas tapi disini terasa kelainannya, nampaknya produksi mereka amat membantu dan teruskan kepada gaya gitar dan permainan drum, nampaknya one man band ini telah menggunakan drum machine, jika betul pun nampaknya ia lebih hebat daripada drum manusia bukan kerana kelajuannya tapi saya suka melihat daripada rolling, permainan symbal dan double paddle ianya amat bersesuaian bila dikenakan dan bijak dalam mengarah muzik lagipun saya bukanlah orang yang amat cerewet terhadap drum machine kerana bagi saya yang paling penting ialah variasi dan cara ia dimainkan(atau program) dan bukanlah kaku memanjang tapi kepada yang begitu mementingkan drum asli dan bunyinya pasti akan kecewa sedikit kerana saya juga perasaan mengenai bunyinya. Tapi pada saya MCD ini telah dilakukan dengan baik malah tiada terlebih dan tiada terkurang. Ianya sangat kemas.

Zirkelloch sebagai seorang yang suka berexperimentasi nampaknya tidak ketinggalan untuk meletakkannya didalam MCD ini dan penggunaannya tidaklah keterlaluan kerana setiapnya agak serasi dengan konsep War Metal yang diketengahkan seperti meletakkan efek seperti bunyi but askar ketika berkawat dan lain-lain efek terutamanya pada suara latar. Penuh dengan semangat peperangan.

Nortavlaggh.377 bukanlah kumpulan yang mudah dan terlalu berexperimentasi seperti yang saya sangka pada awalnya dan mereka hampir menjurus kepada epik, Muziknya lebih kedepan tanpa membunuh elemen-elemen muzik Black Metal sebenar. Beliau seperti tahu apa yang perlu dilakukan. 5 buah lagu yang penuh dengan kemusnahan...

-Pikrama