|
Amat pelik, sekurang-kurangnya untuk penulis katakan nilai karya kini amat “murahan” sekali.. dimana pada zaman sekarang setiap produk yg berupaya untuk sampai ke tangan pengguna di seluruh pelusuk dunia akan dianggap sebagai “maha kepada maha karya”! Tambah-tambah lagi apabila kita berdepan dengan abad ke 21 ini.. ia memang tidak mengejutkan jika sebuah karya picisan akan digemari “pasaran” walaupun sedih sekali natijahnya.. ia sama sekali tidak berhak langsung mendapat layanan sedemikian rupa..
Agaknya apa yg membuatkan ia pelik ialah apabila sesebuah label cuba membebaskan diri dari cengkaman radio rock korporat ( atau hip-hop, atau rap, atau apa apa jenis muzik yg kononnya dianggap ‘cool’ dewasa ini di amerika) dan mencari sebuah band yg kononnya “truly”, buleh dipanggil sebagai seni supaya boleh membuat lebih banyak duit, jawapan pertama yg mereka akan dapat ialah dengan menandatangani band seperti Opeth !. Opeth ialah dan sememangnya sebuah band yg popular sehingga peminat ekstrim metal yg true akan berpura-pura membencinya kerana takut dikutuk oleh kalangan rakan-rakan true yg lain. (penulis ada ramai kawan kawan macam ni.. heheh)
Itu sudah 1 hal yg lain tapi bagi Peminat setia Opeth pula, mereka pasti akan menyalib penulis jika penulis berkata buruk kepada band “hebat” ini.
“Opeth technical gila beb!”, “muzik diorang mana follow formula band lain!” “diorang buat cara diorang! Mana ada band macam ni.. bai”
Realitinya, peminat Opeth adalah sedikit delusional. Sesiapapun yg mendengar Opeth akan tahu segala kenyataan diatas tidak bertepatan & boleh dibidas kebenarannya. Album terbaru mereka, Ghost Reveries ialah sebuah contoh yg bagus untuk menunjukkan betapa salahnya peminat Opeth. Muzik di dalam album ini adalah sedikit pun tidak sama (walaupun dari se’cuit sudut imaginasi pun!) seperti kenyataan diatas. Malahan, seseorang dengan senangnya boleh membuat rumusan tentang sound & formula Opeth hanya dengan mendengar beberapa rangkap sahaja.. Setiap lagu yg terkandung didalam album ini mengikut struktur basic yg sama. Memandangkan resipi lagu mereka adalah teramat sangat simple, penulis akan mengajar anda disini bagaimana untuk membuat sebuah album Opeth.. heheh..
Pertama sekali, ilhamkan beberapa siri riff teknikal* yg pseudo / tipikal (*nota: bagi mereka yg menganggap Opeth sebuah band yg teknikal sahaja ya, tetapi secara faktanya tidaklah teknikal sama sekali pun..)
Kedua, jangan lupa untuk mencipta riff jalan-berhenti-jalan (ya.. tepat sekali saudara! Alah, Riff yang limp bizkit selalu pakai tu…)
Ketiga, bariskan beberapa interlude dan break yg bersih. Markah bonus jika anda menerapkan sekali 2-3 layer vocal bersih yg melodramatik supaya remaja remaja sekolah pun dapat connect sekali dengan muzik anda.(memberikan anda lebih peluang untuk remaja remaja membeli album anda lebih banyak lagi. Lagi cepat laku lagi kaya!)
Keempat, tulis beberapa siri riff breakdown. Markah bonus jika anda meletakkan vocal yg growl pula dimana dengan berbuat demikian, ia akan secara tidak langsung akan menaikkan feel yg amat rebel bagi para remaja yang sedang mendengar (cuba bayangkan sebuah roller coaster disini saudara. Ia mungkin nampak bahaya & amat “rebellious” tapi sebenarnya ianya selamat untuk semua orang), dimana secara tidak langsung akan meningkatkan lagi sales album anda sekali lagi.
Kelima, campak dan adunkan kesemua riff yg dicipta tadi dan gaulkan secara rawak supaya dapat mencipta sesuatu yg sama sekali tidak masuk akal dari segi artistik tetapi akan membuatkan mereka yg clueless ternganga kagum! Ingat, anda disini sedang menjual album, bukan membuat art. Juga terapkan didalam minda anda bahawa jika anda sudah kekeringan idea, anda boleh gunakan riff yg sama berulang-ulang dan ulang kali, dan takkan sesiapa yang membeli album anda akan perasan.
Itulah dia sebenarnya segala yang opeth ada. Opeth kelihatan tidak kisah pun jika riff yg mereka gunakan sama ada baik atau tidak, memandangkan kebanyakannya kedengaran seperti satu kitaran riff “prog” yg telah dirijek oleh Dream Theater. “Riff jalan-berenti”, yeah, tiada lagi definasi riff lain yg amat bertepatan selain ini. Dan satu lagi aspek yg harus diceritakan disini ialah vocal! Mikael mempunyai vocal yg amat buruk & annoying sekali!! Apabila beliau cuba menyanyi, beliau cuba untuk bermain vocal high pitch dengan feel yg kononnya ganas tapi sebenarnya merepek & tak best langsung!! Vokal harsh beliau pun sama sekali hampeh. Beliau cuba untuk membuat satu ilusi yg brutal melalui vocal supaya memenuhi syarat namun bagi mereka yg pandai menilai intan & kaca akan menyampah dengan vocal sedemikian.
Jadi mari kita nilaikan apa yang kita ada disini. Beberapa siri riff yg kedengaran seperti sebuah mimpi ngeri Dream Theater (riff yg amat simple dan mudah diterima oleh semua orang, dan dengan tanpa sebarang rasa bersalah jika muzik demikian tidak mengilhamkan sebarang pendapat atau emosi, dimana tanpa semena-mena akan meningkatkan jualan t-shirt & merchandize lain. Sebenarnya, ia sekurang kurangnya kedengaran seperti Dream Theater yg sekarang. Cuba bayangkan apa yg penulis katakan tadi, tapi dengan situasi Opeth ini, ianya lebih dahsyat lagi..) Beberapa rangkap riff yg amat sesuai sekali untuk album nu-metal, beberapa interlude & breakdown yang rawak, dan satu fokus kearah komersialism, berpaling tadah sama sekali dari prinsip art / seni.
Apa yg penulis cuba perkatakan disini ialah bahawa inilah dia evolusi seterusnya untuk muzik pop yg “heavy”. Kr0n, Lickin Park, dan rakan-rakan band yang lain kini sedang nazak.. Sambutan pembeli semakin lama semakin berkurangan jadi sebuah trend baru amat diperlukan disini! Opeth dengan bangganya telah bangun untuk mengisi tanggung jawab ini. Jika anda mencari album album yang akan menakutkan ibu bapa anda, album ini adalah untuk anda, anda mungkin tersasar besar tetapi penulis rasa anda boleh sebati dengan album ini. Jika anda inginkan sesuatu yg benar-benar teknikal & progressif DAN sedikit nilai, penulis cadang anda laburkan $$ ke album album Death. (sound of perseverance memang berbaloi habis!). Jika anda inginkan sesuatu yang heavy, penulis tak ada idea langsung apa yang anda sedang cari dalam Opeth, tetapi sekurang-kurangnya penulis boleh mencadangkan anda rembat Lord Belial yg berjudul 'Unholy Crusade'. Jika anda tercari-cari sesuatu yang epik atau art / seni habis.. dapatkan diri anda 1 copy 'Unlike The Shrine' dari Ruins Of Beverast.
Tinggalkan Ghost Reveries untuk kanak kanak & remaja sekolah, luangkan masa anda dengan mendengar sesuatu yang lebih berbaloi.
0.5/5-Bijak_sinneR
|