Rob Rock

- ‘Holy Hells’
(AFM Rec , 2005)

Rob Rock kembali bukan untuk penyatuan Impellitteri, tapi kembali untuk menyambung usaha dan meneruskan karier solo beliau. Dengan 3 buah album Rob Rock jelas membuktikan bahawa kejayaan beliau sebagai penyanyi solo amat berjaya dan bermakna, serta bertambah jelas bahawa beliau adalah antara vokalis hebat Metal ! tapi sebenarnya perkara ini telah diketahui ramai semenjak beliau bersama Impellittri mahupun dalam Axel Rudi Pell.

‘Holy Hells’ sebuah album yang lebih berat, dan paling berat berbanding album terdahulu beliau malah sound juga kali ni lebih kasar tapi seperti biasa beliau meneruskan apa yang dilakukan didalam album solo pertama beliau lagi, Melodik Metal ! Ya rakan-rakan sekelian, kalau anda tidak pernah mendengar lagi hasil solo beliau, saya cadangkan anda mendapatkan album pertama ‘Rage Of Creation’ – hasil kerja yang sentiasa fokus, tak dihairankan kerana album beliau sangat rapat dengan penampilan vokal yang bermelodi malah apa yang lebih penting sekali ialah riffing yang sangat mencengkam dan solo-solo yang seolah bermain ‘dijantung’ anda. Menjelaskan kekuatan ‘structured’ sepertimana riffing-riffing hebat dan berpengaruh yang telah dilakukan oleh band-band klasik Metal terdahulu.

Sebuah album Hard Rock/Metal yang keras sepertimana ‘Holy Hells’ menjadi sangat diingati dengan riffing dan melodi yang begitu ‘memorable’ dan sangat kuat untuk melekat di kepala.Rasanya saya tak perlu sentuh mengenai vokal dalam album ini kerana Rob Rock sememangnya satu lagenda. Album yang banyak menampilkan chorus menarik, dengan lagu umpama ‘Slayer Of Souls’, ‘Calling Angel’,’When Darkness Reign’, ‘Lion Of Judah’ pastinya akan membuatkan anda semua terus melekat tapi yang sebenarnya lagi lama kita mendengar, kita akan mendapati kesukaran untuk memilih lagu-lagu pilihan dan yang pasti lagu ballad ‘I’ll Be Waiting For You’ , umpama satu kejutan jika pertama kali mendengar album ini, saya rasa ia bukan lagu konsep AOR tapi sememangnya satu lenggok ballad yang mendayu dengan nilai komersil dan sedikit meloyakan..heh..ok ia bukanlah satu kelemahan sebenarnya tapi menguji kemampuan anda untuk mendengar dan menilai, seringkali saya abaikan lagu ni. Bukannya kerana saya tidak minat dengan ballad kerana lagu cover dari Abba ‘Move On’ amat menarik sekali ditangan beliau malah dengan penampilan istimewa Tobias Sammet berduet bersama beliau didalam lagu ini . Tapi bayangkanlah dengan tajuk-tajuk lain yang boleh dikatakan ‘rebell’ pastinya agak janggal dengan lirik dan tajuk seperti ‘I’ll Be Waiting For You’, malah chorusnya agak...eerrr. Tapi suka atau tidak inilah Hard Rock !!! Walau dengan sebarang kata ataupun hanya disebabkan sebuah lagu - ia bukanlah bukanlah pemutus kegagalan sebuah album ! , ‘Holy Hells’ adalah sebuah album yang hebat ! atau secara biasnya amat hebat !. Rob Rock meneruskan sepertimana dengan album terdahulu, terus meletakkan satu kerjasama yang erat antara komposisi riifing dan solo dengan vokal beliau yang bermelodi. Rock On Rob !!!

-Pikrama

Rob Rock

- Eyes of Eternity
(2003/Massacre)

Rob Rock tampil kembali dengan album solo beliau yang kedua. Saya boleh jamin disini bahawa album kali ini lebih berat dan pantas serta menampilkan banyak riff-riff yang lebih define. Hampir keseluruhan guitar work dipikul oleh Rick Renstrom dan Bob Rossi didalam cd ini, dan mereka amat menyerlah sekali didalam bab alunan solo yang pantas serta menshredding sistem audio anda dude! (bagi mereka yang merindui hasil kerja Chris Impellitteri lah~!) Roy Z pun ada juga menyumbangkan sedikit skil gitar beliau, disamping menjadi tenaga utama didalam tugas penerbitan album kali ini. Lagu pembuka ala saduran Impellitteri "Rock the Earth" adalah sungguh kuat tenaganya dan mudah melekap di kepala anda, dengan "Stranglehold" pula yang mengutarakan korus yang konstant namun dipelbagaikan lagi moodnya. Antara highlight utama lain yang wajib dihayati ialah lagu yang mempunyai feel ‘menghukum’ "Rage of Creation," lagu berpatentkan sound yang heavy "Conqueror's Hymn", lagu yang ‘tebal’ dan sludgy "Fields of Fire," dan kedua dua "You Know" dan lagu judul album. "The Hour of Dawn" merupakan lagu epik yang dijumpai di penghujung pengkahiran cd yang panjangnya adalah didalam lingkungan 12 minit macam tu. (anggaran saya ok..) dimana ianya merupakan lagu yang berada ditengah tengah (diantara berat dan ringan). Personally bagi saya, antara tarikan yang paling besar sekali yang dapat dijumpai didalam cd ini ialah alunan ekslusif pelbagai serangan gitar solo hasil dari gitaris yang tidak asing lagi seperti Tom Nauman (Primal Fear), Jeff Kollman (Edwin Dare), Jack Frost (Seven Witches), Axel Rudi Pell dll. Dimana kalau saya tulis kat sini pun memang tak muat punya dude! Strictly just for shredders and progressive metal freaks only… Nuff said bro… just go and get it..!!

4.35/5-Bijak_sinneR