|
Ambilnya sebagai kebencian yg memuncak ataupun kekejaman untuk segalanya. Dengan permainan yg begitu bertenaga hinggakan ke tahap extreme. Album ini bakal menghantui mana-mana normal individu. Ia takkan berhenti dengan mudah , anda akan merasakan sesuatu yg diluar dugaan sepertimana menonton filem seram Thailand ‘Long Khong’ , ia akan menghantui anda untuk seberapa lama.
Dengan umpama penyatuan pemuzik yg amat berpengalaman di Singapore seperti Hanael (As Sahar ) , Fauzzt (ex-Impiety),Fyraun (ex-Impiety) dan
Shalwend Soraths (Eibon) . Sadistik Impaler bukanlah sebuah kumpulan projek . Disisinya ialah ZahWarlock dan akan menentukan hala tuju Sadistik Impaler. Dengan hasil yg raw dan seperti hasil studio yg begitu ‘simple’ tapi dalam masa yg sama ‘output’ nya tidak ‘membunuh’ kualiti rakaman, album ini tentu akan mendapat sanjungan daripada kelompok Underground. Anda boleh fikir dari sudut nostalgia , dari sudut filosofi Underground ataupun dari pandangan fikiran Tr00 Black Metallers. Tapi secara personalnya pada saya Sadistik Impaler telah berjaya dari hasil pengendalian setiap intrumen secara profesionalnya. Walau apapun orang kata mengenai gayanya yg primitif. Tetapi dibahagian utama - permainan drum, Fauzzt menunjukkan skillnya, seperti dalam samar ‘straight-forward’ dan dalam kelajuan permainan – gaya variasi beliau jelas kelihatan. Riffing gitar yang pantas dan efektif, mereka tidaklah terlalu terperangkap sangat untuk menghasilkan sesuatu yg ‘grim’ semata-mata. ‘Note’ Thrashy yg ‘catchy’ menghiasi setiap lagu.
Dan secara asasnya muzik mereka tidak jatuh terus kepada tipikal. Bergantung bagaimana penerimaan anda dan pengalaman yg anda perolehi selama ini dalam membezakan lambakan band Black Metal yg primitif dan terlalu tipikal. Sadiztik Impaler bukan berdiri teguh atas nama-nama ahli mereka, secara muzikalnya ia seperti selangkah ke depan dalam menghasilkan sesuatu yg lebih bertaraf walaupun dengan genre yg raw ini. Mungkin inilah satu bukti ‘passion’ mereka kepada Black Fucking Metal !
-Pikrama
|