-Split CD


Masih ingatkah pada kompilasi ‘Paling Puaka’ yang dikeluarkan oleh PSE. Samartary sebenarnya telah pun berjaya menambat hati dengan sebuah lagu dalam kompilasi tersebut, walaupun lagu tersebut boleh dilihat mereka banyak dipengaruhi oleh kumpulan Rotting Christ, Tapi yang sebenarnya Samartary lebih mengetahui mengenai arah muzik mereka, Mereka bersedia untuk menyelami semula minat dan ‘obsessed’ terhadap muzik selama ini malah split ini seumpama membawakan satu permulaan, dan kemarukkan mereka terhadap old school Thrash Metal begitu mendalam dan terserlah serta menandakan tanpa ragu-ragu bahawa ia akan terus dibawa ke album sulung yang akan datang.

Dengan membawakan Black Thrash Metal, Samartary berjaya membawa gaya muzik dengan variasi walaupun dengan lagu yang agak panjang iaitu atas 5 minit secara puratanya namun ianya tidaklah meleret-leret, perseimbangan dengan mid-tempo dilakukan dengan licin, mereka seperti tahu apabila tiba masanya untuk mengubah gaya permainan dan membuatkan penumpuan yang berterusan untuk lagu-lagu mereka dalam mengelak kebosanan ataupun menjadi sesuatu yang ‘straight’ begitu juga penambahan melodi yang baik dan ‘arrangment’ untuk vokal atau muzik latar menambahkan ‘feel’ dalam setiap lagu. Sambil tu jangan lupa, mereka ada cover satu lagu daripada kumpulan lagenda Underground tempatan, Blackfire!!!...tiada apa yang dapat dikatakan kerana Samartary membawanya dengan begitu bagus dan sememangnya Blackfire tiada tolok bandingnya walaupun setelah berpuluh tahun. Samartary bersedia untuk ‘menggoncangkan’ kepala anda semua.

Malah rakan gandingan, Nocturnal bukanlah calang-calang kumpulan, mungkin kewujudan mereka yang begitu dibayangi oleh kumpulan-kumpulan gergasi Thrash Metal dunia daripada Jerman agak mengenggelamkan nama mereka kerana datang daripada negara yang sama dan boleh dikatakan juga muzik mereka tidak dapat lari tempiasnya daripada kehebatan kumpulan-kumpulan hebat daripada Jerman, sesuatu yang tidak dapat dielak kerana saya pasti Destruction banyak mempengaruhi. Mereka mengambil pendekatan yang begitu bertenaga, suara yang lebih yang lebih kering dan itulah kelebihan yang ditonjolkan malah apa yang membuatkan mereka agak menarik ialah pemaparan permainan ganas Thrash Metal..ehemm jika anda jangka keganasan seperti yang dibawakan kumpulan Necrodeath mungkin Nocturnal masih dibawah, tapi adalah sessuatu yang tidak adil dalam membandingkan dengan sebuah kumpulan hebat seperti Necrodeath, dan yang pasti Nocturnal pasti berjaya mencuri tumpuan buat mana-mana peminat Thrash Metal... malangnya split ini telah habis dijual oleh label Northern Warriors Pro. Yang telah diasaskan oleh vokalis Samartary sendiri, CS...



-Pikrama