|
Sauron, yang merupakan band Thrash generasi baru
semakin sering di perkatakan sejak kebelakangan ini.
Ditambah pula dengan pembabitan mereka dalam
MINNEAPOLIS MAYHEM FEST bersama-sama Sadus dan Sodom
pada bulan hadapan mungkin akan melonjakkan lagi nama
mereka.
Dari segi lahiriah Sauron hanya sekadar band retro
Thrash Metal yang cuba mengulangi apa yang telah
dibuat di zaman 80-an dahulu baik dari segi imej
mahupun muzik mereka. Namun tidak seperti band-band
retro lain yang gagal memberi impak besar, Sauron
telah berjaya mengeluarkan album pertama yang
membuatkan para thrasher yang secara tipikalnya
prejudis, garu kepala.
Gambaran muzik dan sound mereka adalah raw dan evil
tanpa elemen moden seperti Sodom dan Kreator awal.
Kemudian tambahkan sifat agresif dan kelajuan melampau
ala album Dark Angel kedua, Darkness Descends.Sedikit
pengaruh riffing Black Metal juga boleh didengar di
sini (Demonic Invasion).Solo-solo gitar yang dimainkan
juga menyerlah.
Lagu pilihan saya ialah Witch King dan Tormentor.
Pendek kata Sauron, yang menulis lagu-lagu pantas dan
setia dengan tradisi thrash kuno, walaupun tanpa
ketulenan, mempunyai resepi sempurna untuk album ini
terus bertahan sebagai kegemaran nanti. Sudah agak
lama tiada album yang begitu mencengkam perasaan
sebegini jadi elok anda sendiri uji sejauh mana Sauron
mampu mengeluarkan seorang awang thrasher dari dalam
diri anda.
-Bolan
|