Dengan segala pergolakkan yg dihadapi oleh scene Metal Malaysia pada penghujung tahun 2005 dan permulaan 2006 . Kumpulan Black Metal, Shamanic Rites dengan tenang mengeluarkan rilisan koleksi mereka pada tahun baru 2006. Bermula dengan demo-demo mereka sehinggalah ke lagu terbaru yg dimuatkan kedalam kompilasi Metal To Metals. Sebuah rilisan yg akan menyingkap semula perjalanan muzik mereka.
Ultimate Collection... merupakan satu cara yg baik untuk mengenali sebuah band daripada Sarawak, yang telah terlebih dahulu dikenali oleh peminat-peminat dinegeri mereka. Malah tidak keterlaluan mereka seperti dilihat lebih bergerak dengan senyap dan lebih undergrounds tapi ini bakal berubah dengan hasil yg lebih profesional ini.
Shamanic Rites bukanlah sebuah kumpulan yg terus berjaya dengan sebuah demo. Mereka mengolah sedikit demi sedikit dengan idea-idea baru walaupun ia bukanlah satu elemen original tapi elemen yg ditampilkan benar-benar menjadi. Ia tidaklah terhasil dengan bentuk yg penuh dramatik tapi dengan perubahan yg dilakukan mereka ia memberi satu sifat yg lebih generik. Tidak dinafikan lagu-lagu mereka mempunyai daya penarik. Tercatat betapa komposisi yg kemas, riffing yg sangat mempersona terutama lagu ‘Darkness In Silence’ yg merupakan lagu terbaru dari mereka tampil dengan riffing yg lebih bervariasi dan bersifat ketimuran malah lagu ‘Shamanic Rites’ dan ‘The Onslaught From Hell’ menampilkan kualiti produksi paling baik.
Shamanic Rites lebih kepada pengolahan melodi yg tak begitu mudah dilupakan, mungkin inilah jadinya bila gabungan lenggok vokal dan drum begitu menjadi dengan setiap line gitar. Hasil yg sangat berkeyakinan. Terlalu jarang dapat mendengar Black Metal tempatan dengan hasil yg bergaya seperti ini.
Dengan mutu rakaman yg jelas, walaupun ada sedikit perbezaan level tapi ia bukanlah sesuatu yg ketara. Rilisan ini adalah sesuatu yg paling tidak disangka, sememangnya mereka bukanlah nama baru tapi lagu didalam kompilasi Metal To Metals merupakan satu-satunya lagu yg diketahui selain lagu didalam Panggilan Pulau Puaka V. Mungkin jika scene Malaysia tidak terlalu lembab dan sentiasa dirundung masalah ataupun jika dilihat dengan rumusan yg mereka ada serta melihatkan betapa progresifnya mereka dengan setiap lagu baru. Shamanic Rites pasti akan lebih menyinar dibumi Sarawak dan semenanjung khususnya.
P/s - CD mereka boleh didapati kedai Jaei (Nebiula Heavy Metal Shop) di Campbell Compleks ataupun terus menghubungi
Eastern Voice Production.
4/5 - Pikrama