|
Pertama sekali sebagai kumpulan tempatan , saya ucapkan tahniah kerana telah menghasilkan sound dengan kualiti yang begitu baik untuk sebuah demo , Mereka jauh sekali dengan kumpulan-kumpulan tempatan lain sehinggakan saya berasa begitu ragu-ragu bila mendengar mengenai keluaran tempatan dan saya rasa kebanyakkan anda juga berkongsi perasaan dengan saya , Nampaknya Spiritual telah mengubah serba sedikit pandangan saya . Harapan saya ialah ianya menjadi ikutan , kredit ini harus juga ditujukan kepada cara penghasilan muzik mereka .
Spiritual membawakan muzik Thrash Metal dengan dihiasi dengan riffing-riffing yang bermelodi , nampaknya betul lah apa yang di tulis mereka , terasa seperti tiada henti riffing nya , Sebenarnya pada saya riffing-riffing inilah yang menonjolkan unsur melodik walaupun ada sedikit gaya permainan gitar yang agak teknikal (banyak mengingatkan saya kepada Rotting Christ ‘Thy Mighty Contract’) , tapi pengaruh ini begitu menonjol dalam lagu pertama mereka .Vokalis mereka juga menampilkan dengan gaya Thrash sepertimana yang pernah dilakukan oleh Athothogh dan Infernal Void( ya kedua-dua ini dan mereka sekali semuanya berasal daripada Ipoh!) cukup melengkapkan apa yang dilakukan . Permainan drum pula menampilkan permainan yang tangkas dan tidak hanya bergantung pada paten tertentu ianya terus lari daripada kebanyakkan kumpulan Thrash atau Retro yang lain , menampakkan elemen Death Metal menyelinap masuk ke dalam muzik mereka pastinya melihatkan permainan yang agresif, dengan gaya gitar yang 'catchy' dan riffing yang menjalar-jalar mereka mempamerkan susunan muzik yang agak bagus , Spiritual bukanlah kumpulan biasa.
Price: RM10 / US 5
Afidz Che Rosli
P.O Box 1029
30820 Ipoh
Perak
MALAYSIA
-Pikrama
|