|
Inilah album heavy/speed metal paling terbaik dikalangan muka-muka baru yang muncul sekarang ini.
Tidak banyak yang aku ketahui mengenai band ini kerana daripada biografi yang mereka berikan
mereka pernah menghasilkan beberapa buah album sebelum ini. Tidak salah jika aku katakan bahawa
Stormwarrior bakal menjadi peneraju baru dalam genre ini selepas kegemilangan Helloween.Stail dan
gaya permainan mereka lebih kepada Helloween namun mereka tidaklah terikut-ikutkan gaya ini
sebaliknya identiti serta imej mereka lebih terserlah dan lebih berkarisma dan jika aku diberi
peluang untuk mendengar lagu mereka tanpa diberikan nama band aku pasti aku mampu meneka
berdasarkan identiti dan kualiti muzik mereka.
10/10- Death Die
|