Sun Desends
(USA)

-Kanun-Law
(Self Released)
Band ini merupakan antara pemangkin pelopor muzik thrash metal sekitar tahun kebangkitannya. Ini kerana mereka telah bertapak di dalam dunia metal sejak tahun 1985 lagi. Jadi tidak hairanlah kalau muzik mereka lebih berorientasikan muzik seangkatan dengan Destruction, Kreator dan juga Sodom. Secara peribadinya aku rasa muzik mereka lebih menonjol daripada band yang aku nyatakan kerana mereka lebih bijak mengabungkan unsur thrash dan juga sedikit pengaruh death serta black. Elemen seperti ini sebenarnya terdapat di dalam lagu Venom di awal kemunculannya.Bagi vokal pula tiada apa yang istimewannya kerana aku pasti, anda tahu akan stail serta penampilan vokal diawal kegemilangan thrash 80 an.Sekiranya diberi peluang untuk melabelkan muzik mereka wajar rasanya aku iktiraf muzik dan konsep mereka sebagai thrash/death/heavy metal.

- Death Die