
|
 |
 |
|
|
|
Sebelum ini mereka wujud diatas nama Melon King , Lagipun tak banyak yang dapat diperkatakan tentang mereka , beberapa tahun kebelakang saya sudah mendengar nama mereka tapi ianya hanya sekadar bualan sahaja kerana minat untuk mendengar keluaran mereka belum tercetus akibat daripada minat terhadap extreme Metal lebih bergelora . Symphonia Melonia telah meletakkan sesuatu di arena muzik Metal di Malaysia dengan sebuah album yang berkualiti dari segi muzikal , keluaran yang telah dihasilkan atas usaha sendiri , dibarisi pemuzik-pemuzik yang berkemahiran .
Membawakan muzik Speed Metal dan struktur muzik yang ala-ala Yngwie Johan Malmsteen era Rising Force dengan banyak dipengaruhi daripada muzik klasikal yang sentiasa kedengaran pada riffing gitar , riffing yang sentiasa menjalar-jalar dalam setiap lagu , intrumen keyboard yang ditampilkan bukanlah boleh dilihat sebagai alat tambahan ataupun hanya untuk menambahkan ‘mood’ sesebuah lagu kerana penggunaannya bukan sekadar muzik latar yang mana permainan yang kadang-kadang berselang-seli bersama riffing gitar seperti lagu ‘Nine Saint’. Penggunaan drum-machine tidak dapat menghilangkan minat saya untuk terus mendengar muzik mereka . Muzik yang ditampilkan bukanlah hanya tertumpu kepada kemahiran bermain alatan muzik semata-mata , kekuatan vokalis mereka juga amat mengejutkan , gaya vokal seperti ini seringkali saya dengar terutamanya kumpulan-kumpulan yang berasal daripada Italy . Gaya vokal bermelodi dinyanyikan dengan baik dan lebih kepada penggunaan nada tinggi . Secara keseluruhan muzik mereka begitu bermelodi dan laju , satu keluaran yang sepatutnya dimiliki !!!
4.5/5 - Pikrama
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
Symphonia Melonia (Malaysia)- A New Beginning (Brown Black Blues , 2003)
|
|
Merupakan album kedua dari sebuah kumpulan neo classical metal yang pertama bertapak di Malaysia, yang sebelum ini bergiat cergas di bawah ‘moniker’ Melon king. Penubuhan kembali band ini dijamin lebih laju, berat, classical dan ‘etched’; cuba anda bayangkan symphony x, era pertengahan karier Avantasia, sedikit riff bertenaga Luca Turulli dan sentuhan klasik dari yngwie malmsteen’s rising force—terutama sekali pada bahagian solo gutar & basslines. Terdapat banyak part lenggok vokal high pitch dan permainan instrumentasi yang boleh dibanggakan, dan harus diberikan penekanan disini bahawa Symphonia Melonia tampak lebih teknikal dengan kemasukan bunyi-bunyian double-bass drumming dan background keyboard yang lebih menonjol dari album yang terdahulu. Sememangnya terdapat sesuatu disini untuk keseluruhan album. Sebuah release yang solid dude! ‘the silent man’ memang dipenuhi dengan riff yang mengancam, dan ‘dungeon of the silver surpent’ mengikuti style lagu yang sebelumnya dengan baik. Lagu seram, berhantu ‘hybrid creations’ benar benar akan tidak mententeramkan anda, manakala lagu instrumental "nine saints" bermula dari part yang ringan & kian beransur rumit dari aspek teknikal wise. Antara track lain yang bagus ialah "under the spell" "of lust and faith," "dragon force" dan "open your eyes". Satu reincarnation yang berbaloi untuk setiap sen anda!
8.8-Bijak Sinner
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
|