Torch
(Malaysia)

-Iron Curtain
(Necropapic Rec , 2007)
Selepas mengeluarkan EP ‘The State Of Unconciousness’ , nama Torch terus menjadi tenggelam dan bagai diselubungi misteri . Amat jarang terdapat bualan mengenai mereka , bukan tiada langsung , mungkin hanya tertakluk pada ‘circle’ mereka sendiri . Adakah ramai yg mengetahui kumpulan underrated daripada kawasan dalaman Pahang ?? . Mungkin EP mereka bukanlah sesuatu yg hebat spt kumpulan lain pada zamannya , tapi buat mereka spt saya yg berada pada waktu itu tentunya amat berpuas hati dgn memiliki kaset mereka , menunjukkan bagaimana lagu mereka dibawa dgn berkesan sekali , 2 gitaris dgn solo-solo yg seumpama Iron Maiden . Tak menghairankan kerana guitarist mereka merupakan Iron Maiden fanatic.

Selepas kecewa dgn album pertama ‘Nuclear Doom’ yg bagaikan tidak mendapat ‘nyawa’ dgn terperam bertahun di Muzik Box Pro. tanpa sebarang kepastian bila ianya akan dirilis . Dgn perasaan tak puas hati mereka , bukan kepada Muzik Box !! tapi kepada tragedi di Seremban yg menjelaskan perasaan mereka kepada anggota Polis yg melayan bagaikan orang takde maruah. Maka ‘Iron Curtain’ adalah hasilnya , dgn hasil yg D.I,Y ini pastinya daripada semangat dan dendam yg terpendam . ‘Iron Curtain’ meneruskan sinonim mereka dgn duo gitaris dgn solo-solo yg menjalar , dan tentu dgn sifat mereka yg bagaikan ‘tidak peduli’ , dengarkan sahaja bagaimana vocal mereka , ianya bagaikan dirasa sesuatu yg sangat tidak serius … tapi inilah makna experimentasi yg dilakukan mereka dan jika anda mendengar terbatuk-batuk atau sebarang bunyi pelik , ianya mmg disengajakan Jika anda tidak percaya mmg benarlah anda mmg tidak mengetahui langsung tentang Torch !

Secara asasnya album ini merupakan rilisan D.I.Y , bagi saya sound yg raw dan kasar yg dihasilkan mereka amat menarik sekali, maksud saya ia bukanlah dilakukan secara live dan tentunya segala peralatan dapat didengar tanpa sebarang masalah terlebih tinggi atau rendah , mungkin kalau dilakukan dgn pro ia akan memberi makna yg berlainan tapi ini bukan hal harus difikirkan . Namun Iron Curtain bukanlah utk mereka yg meminati lagu-lagu yg ‘straight’ … sesuai utk mereka yg meminati bagaimana experemintasi idea dan tentunya utk saya dgn permainan Heavy / Thrash ianya sesuatu yg menarik sekali utk sekali sekala .



3.25/5-Pikrama