Venom
-Metal Black

Inilah akibatnya kalau terlalu sangat bernostalgia, dengan menterbalikkan tajuk satu rilisan cult satu ketika dahulu yg pernah mencorakkan muzik Metal, bukanlah penyebab kejayaan yg akan datang. Walauapapun , ‘Metal Black’ adalah usaha untuk mengembalikan semula status Venom yg semakin hari semakin merudum. Album sebelum ini juga bukanlah teruk sangat, ia hanyalah umpama sebuah album yg menandakan Venom masih hidup dan kekal berbisa (?). Berbanding dengan ‘Metal Black’ - ianya dilihat adalah usaha yg penuh rakus utk Cronos mengembalikan zaman kegemilangannya.

Akibatnya ‘Metal Black’ disasarkan ke sound yg lebih raw, dizaman yg penuh moden dan pelbagai album yg pernah dikeluarkan mereka mmg tak disangka inilah idea mutakhir yg boleh diberikan. Album ‘Resurrection’ dengan sound yg mega pun tak perlu formula ini utk berjaya, walaupun ada peminat mengatakan ia hanyalah sebuah album biasa, setidak-tidaknya ‘Resurrection’ tidak memerlukan satu konsep pengitaran semula.

‘Metal Black’ sebenarnya bolehlah diletakkan pada tahap biasa tapi untuk mengatakannya terbaik , nampak seperti merlebih-lebih pulak. Lagipun mereka terus dengan simplicity dan muzik Venom masih kekal terasa vibe nya, ini tidak dinafikan . Dengan kesederhanaan , ‘Metal Black’ dihasilkan dengan usaha yg penuh berhati-hati, kita boleh lihat dengan keyakinan yg amat besar diberikan Cronos dan kumpulannya. Production yg raw benar-benar memberikan satu impak yg besar pada album ini, walaupun saya sendiri mencemik bila mereka mengatakan dan mencanangkan bahawa mereka bakal kembali pada produksi 80an tapi sound raw yg mereka berikan adalah sangat layaknya pada zaman moden ini , terasa amat berat walaupun dengan muzik yg sederhana malah bass yg meletup-letup dan yg penting solonya sangat jelas. ‘Swan song’ album ini - ‘Metal Black’ diberikan tumpuan seolah mengharapkan keajaiban sepertimana lagu ‘Black Metal’ dahulu. Sayangnya lagi sekali , mereka tetap tidak dapat menandingi hasil klasik mereka dahulu. Apa yg dapat diberikan hanyalah satu rumusan , Album ‘Metal Black’ diletakkan pada saat yg penuh ‘enjoyable’. Sebagai sebuah band yg penuh dengan lagenda, untuk mencapai sesuatu yg klasik dari sebelumnya, Venom haruslah mengharapkan sentuhan magis ...



3/5-Pikrama

Venom
-Metal Black

“Venom kembali menghasilkan sebuah album yg mampu mencabar material lama”

Statement diatas adalah benar, tetapi ayat yg lebih tepat sepatutnya berbunyi “Venom kembali menghasilkan sebuah album kitar semula yg mampu mencabar material lama”. Ini adalah satu usaha yang tidak jujur. Ya, Venom agak menghiburkan juga namun ini merupakan satu kekejaman. Penulis berfikiran dengan membezakan album ini dengan "Resurrection", album ini memang lebih menghiburkan namun ini bukanlah satu sebab yg kukuh untuk menggemarinya. Venom bukanlah terlalu original untuk dipertikaikan walaupun dahulu atau sekarang.. ia hanyalah sebuah band yg berasaskan Motorhead, cuma ia dilakukan dengan lebih teruk lagi. Album ini tidaklah sehabis-habisan seperti Motorhead sangat dan mungkin inilah yg membuatkan Venom enjoy menghasilkan projek ini diawalannya.

Pengaruh yg dapat dikesan ialah thrash moden. Pattern sound dari Destruction's "Antichrist" amat ketara disini. Venom memang tidak boleh dari stail ini. Namun agak mengecewakan juga apabila mereka tidak memberikan kelajuan yg secukupnya untuk membuatkan anda headbang dan ia juga kekurangan agressi untuk meninggalkan sebarang kesan. Permainan gitar sungguh mengecewakan.. Arghhh!! Tak faham apa skill solo gitar yang Venom nak tunjukkan.

Setiap album Venom selalunya dipenuhi track yg hampeh dan sekurang-kurang 2 track menarik. Tetapi album ini tidak mempunyai satu hapah langsung track yg melekap di ingatan penulis. Kemana perginya "Sons of Satan?" atau "Black Metal?". Anda mungkin terfikir bukan susah pun untuk menulis lagu yg sedap. Mereka turut mencuba dengan "Metal Black” namun turut kecundang dengan buruk sekali.

Yang paling hampir penulis dapat di sini ialah lagu "Anti christ." Dimana ia hanya sebuah lagu yang tahap bestnya cuma 50/50 tapi paling best lah juga jika ingin dibandingkan dengan track lain. "House of Pain" bermula dengan riffing yg promising tetapi sayang.. agak dragging selepas intro.. pembukaan yang agak bagus, tetapi itulah sahaja yang mampu Venom buat. "A Good Day to Die" mempunyai nasib yg serupa. Bermula dengan hebat, tetapi gagal untuk untuk mengekalkan perhatian anda selepas itu.

Tiada satu pun untuk dibanggakan disini. Keseluruhan album amat mengecewakan. Ini merupakan satu percubaan yg tidak menginspirasikan penulis langsung. Sekurang kurangnya album terdahulu Venom mempunyai sedikit aura didalamnya. Jika anda ingin mendengar sebuah band biasa yg terdesak untuk mendapatkan pengaruh dan fenomena dari era awal 80an dahulu, maka album ini amat bersesuaian dengan anda. Adakah album ini menyumbangkan apa apa? Agak jelas disini apa mesej yg ingin Venom lakukan. Mereka menggunakan status "Black Metal" untuk membuat duit ekstra. Adakah ia akan berhasil? Sudah tentu. Adakah album ini berbaloi dengan setiap wang yg dilaburkan? Tidak sama sekali. Tidak dinafikan kemahsyuran dapat menjadikan anda tamak.. tak gitu Cronos? Penulis jamin Mantas jikalau terbaca ulasan ini mesti berdekah dekah gelak.



1/5 -Bijak Sinner