Violator
(Malaysia)

-Flames Of Hate Demo
(Night Art Production, 2004)


Benarlah sekitar 80an akan terus dikenang sebagai penuh sejarah bagi muzik Metal, setiap kumpulan yang tampil ketika itu lebih mengutarakan keaslian, malang sekali buat kumpulan-kumpulan baru, lagipun amat jarang(tak pernah sebenarnya ataupun saya yang tertinggal) yang ingin bawakan semangat 80an ini benar-benar berjaya daripada segi keaslian. Sebenarnya saya lebih terbuka dalam hal ini kerana bagi saya ia bukanlah satu masalah besar sangat jika muziknya agak berkualiti dan begitu menarik dan dalam pada masa yang sama mesti bijak dalam memanipulasi susunan muzik walaupun keasliannya boleh terus dipertikaikan oleh setiap orang.

Violator dengan kualiti rakaman yang bagi saya bagus dan permainan yang tight dan yang pentingnya muzik mereka begitu bersemangat apabila didengar malah vokal mereka begitu sesuai dengan muzik yang dibawakan ianya old school malangnya buat mereka kerana pengaruh Destruction terutamanya dalam EP Mad Butcher dan album Eternal Devastation begitu jelasnya kedengaran didalam permainan gitarnya mungkin ia sesuatu yang tidak disengajakan dan benarlah malang tidak berbau. Sayangnya kerana mereka mempunyai permainan yang bagus cuma apa yang perlu dilakukan ialah muziknya, olahlah apa yang patut tapi janganlah terlalu sangat mendekati pengaruhnya, Jika tidak inilah yang akan terjadi.

c/o Hailul Akhmasz,
Lot 11569, Jln. Kg. Dew,
Kg. Tersusun,
34700 Simpang, Taiping,
Perak,
Malaysia.

-Pikrama

Violator
(Malaysia)

-Revolution Of Human Debris
(Night Art Production, 2002)


Kaset promo rehersal. 3 lagu dan cuma 1 lagu gubahan sendiri. 2 lagi adalah cover Destruction “Total Disaster” dan Raven “Lambs To The Slaughter”. Jangan harap untuk mendengar bunyi yang elok dari kaset memandang ia cuma rehersal sahaja. VIOLATOR adalah band thrash metal dan mereka masih kurang agresif dan laju seperti band yang mereka cover. Vokal mungkin boleh dibuat lebih keras dan kasar dari sekarang. RM 4.

c/o Hailul Akhmasz,
Lot 11569, Jln. Kg. Dew,
Kg. Tersusun,
34700 Simpang, Taiping,
Perak,
Malaysia.

2/5-Syukri Ishak