Au Revoir "Su'ul Khatimah"
Album pertama mereka "Keys Of Misey" merupakan hasil yg masterpiece , walaupun ianya memaparkan lagu-lagu dalam single sebelumnya tapi gabungan lagu baru dan lama begitu berhantu dengan melodi yg sayu dan solo yg menikam jantung hati.

Kini pada 2010 kumpulan Speed Rock Au Revoir kembali lagi dengan MCD terbaru mereka iaitu "Su'ul Khatimah" walaupun belum mendengar lagi tapi sebuah lagu didalam Myspace yg diambil daripada MCD ni menampakkan perjalanan yg konsisten dengan hasil yg terus menyerlah .

Dapatkan dengan menghubungi Au Revoir di Myspace

image
Posted By pikrama On 15/01/10 12:36am
Gabungan As Sahar , Neftaraka , Nefarious Azarak Dan Eibon
Pada gig "Live Possessed"(rujuk ruangan gig) 30 Januari nanti , diberitakan rilisan 4 ways split antara band As Sahar , Neftaraka , Nefarious Azarak Dan Eibon akan dijual pada hari tersebut .

Dapatkan untuk mendengarkan lagu terbaru As Sahar serta Eibon . Dan kita akan melihat perkembangan lagu kumpulan Nefarious Azarak dan juga Neftaraka .
Posted By pikrama On 14/01/10 12:39am
Farasu Mengeluarkan Album Terbaru Menongkah Arus
Selepas melahirkan MCD "The Blackmoon Eclipse" , Farasu melalui perkembangan sangat menggetirkan yang hampir sahaja membuat mereka terkubur daripada scene Metal tanahair . Tapi ia bukan penghalang untuk ia diteruskan oleh ahli asal .

Dengan mengambil tinggalan semangat dan sisa yg ada maka bermulalah episod baru untuk mereka dengan hampir semuanya adalah anggota baru dan kehadiran mereka diteruskan dengan penghasilan album baru yg diriliskan oleh mereka sendiri "Menongkah Arus".

Melalui pendengaran lagu terbaru mereka di Myspace yg diambil daripada Album terbaru ini . Menampakkan hasil yg sangat kemas daripada kualiti bunyi dan susunan lagu yg lebih padat dan melodik , Album "Menongkah Arus" memaparkan konsep Death/Heavy Metal . Boleh didapati dikedai utama di Campbell atau rujuk di Myspace mereka .
Posted By pikrama On 14/01/10 12:35am
Lagu Terbaru Neftaraka Di Myspace
BMH daripada Perak , Neftaraka telah meletakkan lagu terbaru utk didengarkan di Myspace mereka .

Neftaraka memaparkan muzik yg minimalist telah bergerak pantas dengan lagu terbaru mereka ini yg bertajuk "Rassuk" , menyaksikan riffing yg lebih berhantu tapi masih tetapo dengan raw , apa yg boleh diperkatakan mereka telah menjumpai sound yg lebih baik.
Posted By pikrama On 14/01/10 12:24am
Berita Terbaru Daripada Hidden Silence
Setelah lama menyepi tanpa sebarang berita , Kumpulan Melodik Death Metal , Hidden Silence sekarang dalam usaha untuk mengeluarkan beberapa rilisan iaitu album dan usaha sedang ditumpukan kepada mini EP yg bertajuk "Paradox Of Existence" , yg dibuat khas utk para peminat .

Sebelum ini mereka telah mengeluarkan "Black Hearted Spiritual" yg menjadi tunjang pengenalan mereka kepada underground Metal dengan hasil yg memberangsangkan .

Selain dari usaha Mini-EP , mereka juga sedang giat berlatih lagu-lagu untuk dimuatkan kedalam album nanti iaitu bertajuk "Into The Child Nightmare" . Mini - EP yg dirancang pada hujung tahun ini juga turut memuatkan 2 lagu daripada album akan datang .
Posted By pikrama On 22/11/09 6:08am
Claw - Summoning The Darkness (Demo II)
image


Kuala Lumpur BLack Metallers , Claw , muncul dengan demo rehearsel ke-2 - Summoning The Darkness . Demo yang memaparkan peningkatan berbanding demo pertama yg menampakkan sedikit riff Nebiras. Walaupun saya telah diherdik dengan mengatakan perkara ini kepada mereka tapi keputusan dan pendirian saya adalah muktamad , susah juga kalau bercakap dengan kumpulan begini , mereka sentiasa kelihatan garang dan kelihatan sangat serius .

Summoning The Darkness adalah hasil yg raw , Black Metal tanpa kompromi .

Untuk mendapatkannya sukar jugak , boleh menghubungi wakil mereka di Forum Metal To Metals di lokasi Thread Claw (Pembelian dan Pertanyaan)
Posted By pikrama On 18/03/09 12:30am
Neftaraka - Raw Ist Law
Perak Black Metallers , Neftaraka . Muncul dengan EP terbaru mereka yg bertajuk Raw Ist Law . Kumpulan yg sentiasa diperhatikan kami ini menyaksikan peningkatan demi peningkatan dalam setiap rilisan mereka , menampilkan music raw yg genuine . Awas Anda telah diberikan amaran .

EP ini telah dikelyarkan oleh Kvlt666 Production , segala maklumat boleh didapati di flyers dibawah .

image
Posted By pikrama On 18/03/09 12:20am
Recidivist
image


Old Death Metallers , Recidivist telah pun mengeluarkan promo mereka yg bertajuk Peaceful Of Doom . Promo yg diedarkan secara percuma memaparkan permainan yg kemas , tight musicianship . Band yg recommend utk peminat Death Metal ! .
Posted By pikrama On 18/03/09 12:13am
KL Metalcamp part 11
Mungkin berita ini belum tersebar dengan meluas , dan pihak kami ingin memberitahu tentang sebuah event besar untuk tahun ini iaitu KL Metalcamp 11 yg bakal berlangsung pada 2 May ini . Membariskan antara nama besar dalam scene Metal dan juga muka baru yg amat berpotensi. Bersama Nebiula Production dan Thy Syndicate , mempersembahkan 8 bands iaitu Athotorgh , Aradia, Fluer Du Mal, Brain Dead, Mistik, Negation, Vociferation Eternity dan Nuclear Strikes .

Sedikit tambahan mengenai Athotorgh yang bakal beraksi selepas beberapa tahun , dan yg paling baru mereka melakukan gig ialah dalam 1 atau 2 tahun lepas di Ipoh . Kenangan di Ipoh adalah cukup personal walaupun keadaan tempat tersebut seperti \'sauna\' . Malah yg lebih menggembirakan ialah Athotorgh tidak kisah bermain walaupun ditempat yg seperti studio jamming , semangat underground Metal tetap membara !!!

Mungkin ramai juga yg tertanya-tanya mengenai kemunculan Aradia . Rasanya ramai yg dah terlupa tentang band ni , tapi bila dingatkan kembali nama mereka sememangnya ia memberi satu sentakan , ya !! Aradia ! Band yg telah menggegar pada zamannya dan lagu-lagu mereka meninggalkan kesan yg begitu mendalam seperti satu lagenda , mungkin saya agak berlebih-lebih tapi ini sesuatu yg menghargai usaha mereka sebelumnya , kehilangan mereka rasanya sudah lebih sedekad ! Lagipun kenalan yg rapat dengan mereka tak menjangka bahwa mereka akan kembali di pentas semula , YA ! Mereka bakal beraksi dengan original Line Up !!!

Tiket yg dijual adalah berharga RM35 di pintu masuk . Dan berharga RM25 pada sebelum hari gig - Untuk pertanyaan tempat yg menjual tiket boleh sms ke nombor 0132193383 .

Posted By pikrama On 28/02/09 12:32am
Au Revoir - Keys Of Misery
Kumpulan Depressive Rock/Metal tanahair , Au Revoir . Telah mengeluarkan 1st album mereka yang bertajuk Keys Of Misery . Rilisan yang sangat signifikan sejak penubuhan mereka . Menggabungkan lagu-lagu daripada single sebelum ini dan lagu baru , menghimpunkan lagu-lagu yg benar-benar membunuh.

Album Keys Of Misery menampakkan bagaimana ia dihasilkan dengan teliti dari segi song arrangement dan vokal yang dihasilkan cukup sempurna . Apa yg menampilkan kekuatan Au Revoir ialah melodi-melodi yang mencengkam dan begitu mudah dilayan namun sifat Metal iaitu yang sangat memberontak didalam lirik begitu menonjol iaitu kisah-kisah pembunuhan cinta , hasil yang paling sempurna buat Au Revoir walaupun ada sebuah lagu yg dihasilkan agak raw tapi ia sengaja dibuat begitu

Segalanya dihasilkan secara profesional , boleh didapati di Nebiula Campbell dan TnT Campbell .

image
Posted By pikrama On 8/02/09 11:59am
Blood Legion - EXSANGUINATION EP
Blood Legion , Death/Thrash daripada Kuala Lumpur telah mengeluarkan Ep sulung yg bertajuk EXSANGUINATION . Mempunyai 5 buah lagu . Anda boleh mendengar keseluruhan lagu di Myspace mereka - Blood Legion Myspace . Atau dapatkan CD mereka di Campbell Compleks .

Posted By pikrama On 3/02/09 9:07pm
Berita Terkini Dengan Sistem Dan Database Baru
Amat menyedihkan apabila kami terpaksa mengambil keputusan untuk menukar sistem bersama database baru . Sistem berita sebelum ini mempunyai masalah kesesuaian script dengan server . Malah kami juga tidak dapat memuatkan data-data daripada berita sebelum ini ke dalam database terbaru kerana masalah sistem yg berbeza .

Apapun harap anda dapat manfaat untuk berita yg bakal kami masukkan nanti . Metal Berterussaaannnn untuk semua !
Posted By pikrama On 15/01/09 12:47am