Gigs Dates
Artikel
Temuramah : Hidden Silence
Tuesday, 23 September 2008


Hidden Silence muncul pada waktunya . Di kala muzik Melodik Death Metal disamakan dengan Metalcore . Hidden Silence seolah cuba memberitahu inilah riffing yang sebetulnya , feel yg mencengkam jiwa tanpa perlu berlagak emo dan kini Melodik Death Metal sebenar akan membenam semua trend dan band cendawan yg hanya pandai rip-off riffing band Swedish Metal .

Hidden Silence antara kumpulan begitu membanggakan untuk diperkenalkan kepada semua , khasnya di Metal Terus ini . Dengan rilisan sulung "Black Hearted Spiritual” , hasilnya cukup membuka mata terutama dalam scene Underground Metal . Kita bersama drummer mereka untuk mengetahui serba sedikit mengenai Hidden Silence secara keseluruhan .

Kami boleh mengatakan ini lah pertama kali kami menggabungkan sistem recording analog dan digital. Dari segi sound, kami sendiri tak sangka produk akhir dapat result yang macam ni. Dalam hal ni kami bagi perhargaan kepada produser kami, En. Rosli dari Titanium Records kerana pengalaman beliau sebagai sound engineer selama 20 tahun dalam industri muzik Singapore telah berjaya menghasilkan produk sebegini rupa, walaupun dia sendiri tiada background metal! Ahli Hidden Silence sendiri pernah berpeluang membuat rakaman sebelum ini ketika bersama dengan band masing-masing. Jadi sedikit sebanyak ia membantu dalam projek “Black Hearted Spiritual”. Motivasi terbesar bagi kami adalah minat yang mendalam terhadap muzik ini sendiri.

[Teruskan]
The Resurrection
Tuesday, 05 February 2008
Gig yg hebat !!! bukan kerana saya terlibat secara langsung tapi ini berdasarkan respon yg telah diterima . Sayangnya , saya tidak dapat memberikan perhatian 100% terhadap gig ini kerana banyak perkara terpaksa dilakukan , dan malangnya ulasan yg mendalam tidak dapat dilakukan .

Gig yg sepatutnya bermula awal tapi terpaksa ditunda kerana masalah barang dan peralatan yg agak lambat sampai utk dipasang didalam dewan . Tapi jika dilihat ia seperti memberikan satu ruang kerana walaupun jam menunjukkan pukul 2 petang , namun masih kelihatan sedikit sahaja crowd yg hadir , jika dikira waktu itu hanya dalam lingkungan 100 orang sahaja berbanding anggaran yg hadir iaitu 4++ . Jika ianya bermula awal mungkin ramai yg akan terlepas melihat Necrotic Chaos ... heh alasan ...

Apapun kumpulan pembuka Necrotic Chaos yg menampilkan Bentara (gitarist kumpulan Langsuyr , yg baru 2 hari berada sampai di Malaysia waktu itu) , Adik , Dark-E dan juga Hazree (drummer yg dipinjam daripada Negation kerana drum asal Necrotic Chaos iaitu Wira , ada kerja dan tidak dapat bercuti) , telah memberikan satu persembahan mantap , mempersembahkan lagu baru dan lama .. juga lagu yg sangat penting dan takkan dilupakan ialah cover song 'Countess Bathory' .

Modar muncul sebagai kumpulan ke-2 , persembahan mereka yg merata-rata dan disekitar Kuala Lumpur tetap tidak meletihkan mereka . Lan dgn loghat pekat Terengganu beliau berinteraksi baik dgn penonton dalam kamikaze Inggeris malah Kemunculan mereka seolah memberi ruang utk smeua crowd mengambil masa utk berehat dan tenang seketika . Apa yg menarik bila bercakap tentang muzik Modar ialah bila Lan(Vokal/Guitar) berkata bahwa album baru mereka lebih banyak pengaruh daripada muzik zaman sekarang apabila saya melontarkan soalan mengenai gitar riffing dan juga elemen Death Metal disebalik Doom yg dibawa . Malah album 'In My Meditation' merupakan perkara terakhir yg dilakukan mereka kerana album selepas ini akan dibawa ke arah total Doom spt sebelumnya sepertimana dalam album 'Inferior Symphony' . Mungkin jika dilihat persembahan mereka pada hari itu , mereka mendapat respon yg rendah , bagi saya ini bukanlah yg penting kerana Modar bukanlah sesuatu utk persembahan pentas yg memerlukan 'headbanging' , secara asasnya mereka berjaya menampilkan satu atmosphere yg mendatar dan 'gloomy'.

Sil Khannaz tetap memberikan aura yg besar , kemunculan mereka bagaikan ditunggu-tunggu dgn lagu-lagu yg bakal mengganaskan penonton-penonton dibahagian hadapan selepas Modar menenangkan mereka . Tak banyak yg dapat saya katakan , kerana Sil Khannaz tentunya akan berjaya menggilakan penonton dengan segala aksi slam dan headbanging. Mereka seperti 'The living legend' .

Utk kumpulan ke-4 saya tidaklah memberikan harapan besar , lagipun album terbaru mereka 'As We Breathe ...' seolah memberi harapan baru walaupun elemen moden dan Death Metal disatukan malah tempo juga sederhana . Suffercation cuba memberikan satu persembahan terbaik , mungkin lagu-lagu mereka agak baru ataupun gitar yg tidak terlalu berat . Masa banyak mengubah mereka ... kalaulah mereka memainkan lagu-lagu pada zaman album pertama dan kedua yg sememangnya legend , saya jamin , keadaan pastinya berada diluar kawalan .

Kumpulan terakhir , Brain Dead muncul selepas lebih sedekad tanpa sebarang aksi pentas mahupun berita , walaupun sebelum ini pelbagai khabar angin mengenai mereka tapi kali ini , ianya adalah realiti . Sememangnya Brain Dead spt tak pernah berubah , malah peminat seperti tertunggu-tunggu kehadiran mereka . Ein bagaikan tak sabar utk beraksi malah dengan pantun Metal beliau yg mencuit hati . Memainkan lagu-lagu dari zaman album juga demo sememangnya akan membangkit nostalgia dan juga mengenangkan zaman kegemilangan Death Metal tempatan ... malah cover song daripada Seplutura , Exodus , Morbid Angel seperti 'orang mengantuk disorongkan bantal' ... krew stage kelihatan bekerja keras dgn peminat yg headbanging tak menentu . Slot paling panjang , peminat nampaknya tak ingin melepaskan mereka dgn mudah , lagu demi lagu .. Maaflah kalau saya tak berapa ingat tajuk lagu terakhir .

Sesuai dgn tema gig ini 'The Resurrection' , yg berjaya mengumpulkan kumpulan-kumpulan dari zaman awal dan zaman kebangkitan scene Metal tempatan , bak kata orang ianya era 'Old school' !

Gambar Gig Klik Sini
Temuramah : SYJ08 Jelmaan Semula Daripada SYJ
Friday, 18 January 2008
SYJ sebuah nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Pengaruh mereka terhadap pergerakan rock kangkang tempatan memang sesuatu yang tiada pertikaian. Malah pengaruh mereka menjangkau hingga kepada gerakan muzik ekstrim Metal tempatan. Selain dari lagu-lagu yang ‘lebih keras’ dari band seangkatan mereka satu masa dahulu, attitude tak peduli mereka juga menjadi sebab mengapa ia menjadi ikutan remaja yang panas baran dan memberontak. Namun selepas beberapa album yang agak komersil, populariti mereka menjunam. Namun bahang zaman ‘peak’ mereka masih terasa oleh peminat muzik rock kangkang (dan Metal ekstrim) sehingga sekarang.

Kini SYJ kembali, dengan muka-muka baru. Walaupun ianya dinamakan sebagai SYJ08 (satu nama yang agak ‘cheesy’ pada pendapat penulis), namun mereka tidak menafikan bahawa ini adalah sambungan dari legasi SYJ asal. Samada jejak langkah SYJ yang asal akan diteruskan atau tidak, hanya masa akan menentukan dan kita sebagai ‘pemerhati’ akan menjadi hakim dalam percaturan mereka.

Saudara Yus (pemain drum) telah berkesempatan untuk menjawab beberapa soalan yang dilontarkan oleh penulis.

http://www.myspace.com/syj08


Penulis – Bentara (krenmaut.blogspot.com)

Ceritakan mengenai penubuhan SYJ08 yang asalnya SYJ? Kenapa sekarang dihidupkan kembali?
Lebih kurang setahun setengah yg lalu arwah duat(drumer SYJ) menghidupkn kembali SYJ asal bersama man rani,zam dan amir. Mereka sudah pun berkumpul dan berlatih untuk re-comeback tetapi reunion itu berkubur dek kerana Tuhan syg kan eduat dan dia kembali ke rahmatullah.semenjak dari itu kesemua anggota asal SYJ sudah patah hati kerana ketiadaan duat.dan mereka mengambil keputusan untuk menutup buku saja. Walaubagaimanapun mandat dari arwah sebelum beliau pergi dia ada berpesan kepada vokalis SYJ KHUDRAT iaitu alang supaya SYJ mesti diteruskan dan jgn pupuskan nama SYJ sehingga bila-bila , maka dgn itu alang yg berkeyakinan dan bersemangat mahu meneruskan SYJ dgn membuat satu sesi uji bakat maka bertemulah noar,yuss dan harry. Itulah asalnya tertubuh kembali SYJ yg sudah menjadi SYJ08..kami disokong oleh amir dan man rani dan sekaligus menjadi anak didik mereka..hmm


Tiada anggota asal dalam SYJ08, adakah ianya sebuah band 'baru'? Nama SYJ atau SYJ08?
Hanya alang sahaja anggota SYJ yg pernah berkhidmat dgn SYJ dan mempunyai album.manakala noar,yuss dan harry pernah mengikuti setiap show SYJ dan sudah biasa dgn muzik SYJ. Mungkin SYJ kali ini bleh dilabelkan sebagai band baru kerana kami menggunakan nama SYJ08 dan blom mempunyai album. Untuk nama terkini adalah SYJ08..bukan lagi SYJ...kerana kami generasi baru..


Imej asal SYJ adalah glam rock tapi sekarang SYJ08 lebih ganas. Adakah ianya sesuatu yang dirancang?
Ganas? heheheh memang kami nak jadi ganas tapi dgn muzik jer bila kat luar kami ni baik hati hehehe.. Mungkin imej ada sedikit perubahan dan sebenarnya kami masih lagi mencari imej dan identiti sendiri.buat masa ni apa yg anda nampak itulah identiti kami.simple n ganas.tapi kami akan up-grade kan lagi imej untuk kelihatan lagi ganas..mak aih..!!


Hala tuju SYJ08 sekarang bagaimana? Untuk komersil atau mengekalkan attitude 'tak peduli' seperti yang asalnya?
Hala tuju hmm....komersial mungkin juga digunakan untuk menarik peminat-peminat di radio tv dan media supaya otai-otai rock dan rockers2 baru mengenali dgn lebih dekat SYJ08. Tetapi kami akan mengekalkan konsep "tak peduli" seperti SYJ yg terdahulu.kerana itu satu kepuasan pada kami..


Bagaimana reaksi peminat SYJ yang asal terhadap line up baru ini? Apa kritikan yang diterima dan apa alasan anda?
Tentang hala tuju memang kami ingin benar nak kuarkan album dan memperbanyakkan show.cuma kami blom ada label atau syarikat rakaman yg berani tampil mengambil SYJ08 untuk bernaung. Buat masa ini kami diterima oleh peminat kerana kebanyakan peminat tahu yg SYJ asal mungkin susah nak kembali lagi.so kami SYJ08 adalah pengubat rindu pada mereka2 yg dah lama tak dengar lagu-lagu SYJ secara live kerana kami banyak mainkan lagu-lagu SYJ@Sofea secara live dan mereka pueh hati(cakap perak la pulak).banyak feedback positif yg kami terima semenjak tertubuhnya SYJ08. Setakat ni tiada lagi komen-komen yg negative..yaikk...


Apa perancangan jangka masa pendek? Bila nak rakam album?
Perancangan jangka pendek kami nak cari show seberapa banyak yg boleh untuk expose dan sambil-sambil tu tengah kumpul material yg mungkin akan didemokan dulu tapi tak tau bila nak rakam. Album??hmm....blom jangka lagi..so..tungguuuuuuuuuu...


Setakat ini peminat tidak dihidangkan dengan lagu-lagu baru SYJ08 jadi kami tertanya-tanya, muzik yang bagaimana?
Setakat ini memang kami masih memainkan lagu-lagu cover SYJ terdahulu kerana matlamat pertama kami ialah lagu-lagu SYJ asal mestilah didendangkan kembali secara live supaya generasi baru (yg ada tak pernah mengenali SYJ dan lagu-lagunya) dapat mendengar semula rupa dan lagu asal SYJ yg asal. Lagu-lagu kami yg terbaru masih mengekalkan konsep HEAVY METAL dan mungkin ada antara lagu-lagu yg kami buat berbau Speed Metal (untuk cari kelainan) supaya muzik SYJ08 ada sedikit identiti dan dikenali..Nanti kalu kuar single dengar dan nilai sendiri lah yer?hehehehe....


Apa khabar Pak Syed?
ahah!! Pak Syed yg memang otai ... beliau masih ok cuma kadang-kadang ulang alik hospital jumpa doktor sebab beliau pun dah makin berumur . Kadang-kadang tak berapa sihat.tapi beliau masih lagi otai rock .. Peminat DIO dengan Motley Crue tu.. hari-hari datang buka studio pasang lagu DIO heheheheh


Adakah Pak Syed masih menjadi pengurus band atau bagaimana?
Beliau masih lagi menguruskan band SYJ@SYJ08 , cuma tak lah sehebat dulu . Nama beliau mungkin ada yg dah tak ingat atau yg tak pernah kenal. Kalau dulu sebut Pak Syed org dah tahu dia pengurus SYJ tapi sekarang budak-budak muda ternganga jugak bila dengar nama Pak Syed dan tertanya-tanya siapa beliau. Dalam erti kata lain beliau pun dah kurang contact untuk show dan sebagainya dan kebanyakkan show SYJ08 dicari oleh kami sendiri berbanding beliau. Maklumlah beliau pun dah tak baper larat nak panjat sana-sini cari show...hmm..


Akhir kata kepada pembaca?
Akhir kata hmm...dasyat juga la soalan Krenmaut ni erk? Soalan simple tapi padat dan berapi oo..hehehe..buat pembaca-pembaca Krenmaut terimalah kami SYJ08 seadanya kerana kami memikul tanggungjawab yg begitu berat untuk menghidupkan semula band SYJ supaya tidak pupus ditelan zaman. Nantikan show kami ditempat anda ... LONG LIVE HEAVY METAL ORG TIMUR !!!
Gig Report : Sil Khannaz 20 Years Anniversary Live At Planet Hollywood
Saturday, 05 May 2007
20 Years Of Hate ? 20 Years Of Madness ? or 20 Years Of Sorrow ? ... Dan kini 20 tahun sudah kumpulan Death Metal tempatan, Sil Khannaz bersama didalam dunia muzik Underground Metal di Malaysia . Bersama turun naik setiap album mereka , bersama setiap kontroversi yg melanda mereka dan bersama-sama kita , mereka menghadapi setiap tuduhan 'liar' media dengan segala pembohongan yg dilemparkan. Yang pastinya mereka kekal dengan status lagenda dan akan terpahat didalam sejarah muzik Metal. Nama Sil Khannaz tidak akan dilupakan dengan mudah.

Planet Hollywood di Kuala Lumpur menjadi saksi utk sekali lagi dan telah dihuru-harakan serta hampir sahaja 'diterbalikkan' oleh lebih 500 lebih orang peminat Metal , untuk meraikan 20 tahun kegemilangan Sil Khannaz dalam menyusuri setiap perjuangan mereka. Walaupun apa yg anda kata mahupun pendapat yg dilemparkan utk setiap album mereka. Persembahan yg memakan masa lebih 2 setengah jam ini merupakan sesuatu yg sangat klasik , tidak mudah dilupakan dan penuh saat kenangan. Teringat persembahan mereka di Rock The world pada hujung tahun lepas , ia meremangkan dan penuh bangga melihat reaksi peminat dan juga melihat mereka beraksi di stage yg besar pada masa itu seperti berhadapan lautan manusia. Tapi bagi saya persembahan di Planet Hollywood ini lebih memberikan sentuhan yg lebih personal, khas utk peminat mereka yg telah lama mengikuti dan setia dengan album-album keluaran mereka dan yang penting , 20 buah lagu telah mainkan !!! Kalau anda ingin bertanyakan tentang 'sound' , inilah dia hasil yg memberangsangkan sekali , tiada kelemahan dan kekurangan , gig dengan sound yg mantap sekali.

Persembahan telah dimulakan dalam pukul 3.20 petang, pada set pertama ini mereka telah memainkan kesemua lagu daripada album terbaru iaitu 'Berdiri Antara Panji-Panji', dan walaupun kritikan yg diberikan utk album ini , keadaaan didepan stage penuh sesak dengan 'headbanging'. Dark-E, Hashim, Joe Slaughter, Ajiz dan Jaei kelihatan penuh semangat. Persembahan mereka dimana-mana pun tidak pernah mengecewakan. Dark-E dan Joe Slaughter kadang-kadang saling bertukar solo. Saya sendiri yg agak neutral bila berkata mengenai album baru mereka tidak merasa apa-apa utk bersama bergasak didalam moshpit dan berhimpit dihadapan stage. Yang paling penting ialah bila lagu 'Mastica Ibni Israel' dimainkan, bukanlah sebuah lagu yg hebat dalam menandingi ke'klasik'an lagu lama mereka , tapi lagu tersebut penuh signifikan ... 'Mastica Ibni Israel' seperti menjadi satu kata-kata yg seringkali dilaungkan oleh peminat . Ia disambut dengan penuh sorak dengan laungan 'penipu' , 'kaki fitnah' dan segala #@##F**@Ci# ... HaHaHaHa. Set pertama ini sungguh hangat, respons sangat positif daripada peminat.

Set kedua bermula selepas 15 minit persembahan pertama ditamatkan ... Pada waktu ini pihak Sil Khannaz telah menyerahkan hadiah kepada para pemenang yg memenangi peraduan yg disertakan di dalam album terbaru mereka dengan hadiah utama sebuah gitar. Lebih menarik lagi semasa acara potong kek sempena 20 tahun Sil Khannaz yg dihadiri oleh hampir kesemua bekas line-up Sil Khannaz terutama CD Khanzab , peminat telah beramai-ramai menyanyikan lagu 'Happy Birthday', huuuh kadang-kadang tu terasa tragis jugak bilamana peminat extemist Metal menyanyi dengan penuh semangat hahaha , tapi ia sesuatu yg sangat memorable utk semua yg ada didalam Planet Hollywood pada petang itu . Dan kini bermulalah set ke-2 yg akan memainkan lagu-lagu bermula daripada album 'Bara Pawaka' hingga keawalnya.

Kalau sesiapa yg pernah melihat mereka beraksi bersama kumpulan Langsuyr pada tahun lalu ditempat yg sama , tentunya tak dapat lupakan reaksi hebat yg diterima mereka pada waktu itu, Planet Hollywood bagaikan dilemparkan segala jenis rambut, malah pada persembahan kali ini, ia lebih hebat lagi dan peminat bertambah ganas pada set ke-2 . Lagipun cuba anda bayangkan dengan lebih 500 lebih peminat yg hadir persembahan ini, 'Dance Floor' Planet Hollywood kelihatan spt kecik je dan menjadi saksi moshpit yg ganas sekali utk semua Mat Metal pada petang tersebut , ditambah dengan segala 'slam' dan headbanging yg tak pernah berhenti sejak mula lagi, dan tak lupa Dark-E , gitaris Sil Khannaz sempat 'slam' dengan terjunan gaya bebasnya, kali terakhir melihat beliau slam begitu adalah ketika persembahan sulung Langsuyr di Paul Place dulu hahaha sapa yg nasib malang kena pi sambut tu heh, tapi kepada yg berada dikawasan moshpit memang tak boleh menolak bahawa ini gig Metal yg 'happening' selepas segala pembohongan oleh media. Dengan memainkan lagu-lagu daripada album Gerbang Kayangan , Ep Pendita Gila dan album Conception OF Madness yg amat besar impaknya kepada peminat Metal yg hadir .. Kehadiran CD Khanzab tidak dinafikan penuh dengan kesannya bila beliau turut bermain gitar dan juga menyanyi khas utk persembahan ulang tahun ke-20 ini , dan gaya drumming daripada Lan Bye mmg tidak boleh diragui semua seperti mempunyai satu 'punch' yg tersendiri. Mungkin saya lupa utk mengatakan sepanjang masa persembahan tersebut peminat turut sama sing-a-long terutamanya pada set ke-2 ini dengan lagu-lagu seperti Gerbang Kayangan , Sinner Burning, Hamba Malam etc . Kalau anda pernah melihat persembahan live Iron Maiden dan bagaimana reaksi peminat utk setiap lagu dengan segala 'humming' , itulah yg berlaku pada petang tersebut. 20 tahun Sil Khannaz penuh dengan segala macam pengalaman dan 20 tahun Sil Khannaz memacakkan lagi satu memori, dengan lagu terakhir 'Kiss Of The Whisper' pada petang itu, nama mereka 'bergegar' di Planet Hollywood, ia adalah laungan yg sangat besar. 20 tahun yang takkan berhenti ... Metal Berterusannn buat Sil Khannaz !!!

[Gambar- Klik Sini]
Friday, 16 February 2007 | 0 Komen
Friday, 12 January 2007 | 0 Komen
Monday, 08 January 2007 | 0 Komen
Monday, 11 December 2006 | 0 Komen
Saturday, 28 October 2006 | 0 Komen
Wednesday, 13 September 2006 | 0 Komen
Tuesday, 12 September 2006 | 0 Komen
Sunday, 10 September 2006 | 0 Komen
Wednesday, 09 August 2006 | 0 Komen
Sunday, 16 July 2006 | 0 Komen
Monday, 12 June 2006 | 0 Komen
Tuesday, 06 June 2006 | 0 Komen
Saturday, 29 April 2006 | 0 Komen
Wednesday, 12 April 2006 | 0 Komen
Thursday, 30 March 2006 | 0 Komen
Tuesday, 28 March 2006 | 0 Komen
Saturday, 31 December 2005 | 0 Komen
Thursday, 22 December 2005 | 0 Komen
Wednesday, 14 December 2005 | 0 Komen
Friday, 25 November 2005 | 0 Komen
Monday, 26 September 2005 | 0 Komen
Sunday, 18 September 2005 | 0 Komen
Friday, 13 May 2005 | 0 Komen
Thursday, 14 April 2005 | 0 Komen
Thursday, 31 March 2005 | 0 Komen
Thursday, 31 March 2005 | 0 Komen
Thursday, 31 March 2005 | 0 Komen
Thursday, 31 March 2005 | 0 Komen
Thursday, 31 March 2005 | 0 Komen
Thursday, 31 March 2005 | 0 Komen
Thursday, 31 March 2005 | 0 Komen
Thursday, 31 March 2005 | 0 Komen
Tuesday, 29 March 2005 | 0 Komen
Berita Metal
Album Review