Bagaimana kita semua dapat melupakan Melon King dan juga kehebatan album Symphonia Melonia! dengan hanya beberapa kerat sahaja kemampuan kumpulan-kumpulan tempatan membawakan muzik Progresif Power Metal dengan pengaruh Neo-Clasical pastinya kemunculan Orion akan dapat memberikan satu ‘highlight’ buat peminat-peminat muzik tempatan. Walaupun pada mulanya perjalanan mereka agak sukar tapi dengan pengalaman yang ada pastinya akan menjadi satu titik tolak kejayaan Orion selepas ini. Dapat berjumpa terus bersama Badang, Eddie dan drummer mereka Ratno adalah satu pengalaman yang menarik kerana minggu sebelumnya mereka beraksi di gig Paul Place, saya berada disana sambil menyorak dan menyanyi bersama mereka..gig di Paul Place memberikan pengalaman yang berharga buat mereka yang hadir dan juga mereka yang telah memberikan sokongan dihadapan pentas.Mungkin pengalaman mendengar lagu Rhapsody secara live adalah satu perkara yang sukar dicari.


Orion bermula selepas Symphonia Melonia bubar selepas tu Aman concentrate dia punya projek so Saya dgn Badang combine dgn projek kami…” Eddie rancak bercerita dan bila ditanya tentang pendapat mereka mengenai album yang bakal dihasilkan namun ianya terus dijawab oleh Badang selaku vokalis “Album ni konsep progresif power Metal, ada 12 buah lagu, balancelah antara gitar dgn keyboards, lepas tu koir, classical” tapi MetalTerus menyampuk dgn persoalan masih tetap dgn klasikal?? Dan ianya dijawab tegas oleh eddie “Progresif Power Metal dan masih tetap dgn neo-classical lepas tu elemen-elemen orkestra banyak…” Sekali lagi Metal Terus bertanya mengenai elemen Orkestra yg disebut mereka dan Eddie terus menjawab ringkas “Banyak string dgn keyboards lepas tu koir…possible kita tgh select oranglah untuk album kami.. ”. Metal Terus terus menimbulkan persoalan mengenai recording ini kerana jika dilihat ianya kelihatan besar dan Eddie terus menjawabnya “Nak kata besar tak besar,actually benda ni kita dapat masa kita buat recording Symphonia Melonia,kita buat experiment dan actually kita buat teknik yg samalah, teknik yg sama kita buat kat Symphonia Melonia tapi kali ni kita gunakan ramai orang. ” Seterusnya menambah “Dan keyboards Utk string sahaja sahaja dan untuk koir kali ni kita gunakan orang betul lah” Bila ditanya mengenai penglibatan koir pastinya melibatkan modal yg besar tapi Eddie terus menerangkan “Itu depends lah..tapi actually budget ni mmg kecik dan kalau kita mintak dorang punya favor…” dan Metal Terus terus bertanya, kira kawan-kawanlah “..yaa kawan-kawan kita tapi kalau editor(Metal Terus) boleh nyanyi pun kita ambil..hahahaha..takde masalah. ” Eddie sempat berseloroh.

Melihatkan Orion muncul dgn mendadaknya selepas Symphonia Melonia pastinya terselit seribu harapan mereka terhdapat kumpulan Orion “ Harapan saya kali ini…Orion akan keluar dgn satu produk yg baru, bukan baru daripada music that mean benda ni dah lama dah..kat Europe dah biasa dengar tapi kat local scene ni benda ni masih barulah” Bukan baru tapi orang tak dapat main lagi Metal Terus melemparkan pandangan “ Hah orang tak dapat main dan kita akan buat, Insyaallah. ” Jawab Eddie dengan yakin. Walaupun kemampuan mereka telah terbukti dengan band sebelumnya tapi disebabkan Orion masih baru Metal Terus ingin mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut arah yang bakal dibawakan mereka “ Saya banyak Influence macam Symphonic X, Angra, Kamelot …Kira semuanya Power Melodik Metal…stressed kan sikit ‘Power Melodik Metal’ !!! ” Eddie sempat juga melawak dan menyambung. “ album kali ini kita akan compile kan 12 buah lagu dan dalam pada tu kita akan buat satu dvd,yg mengandungi the making off.. ” tapi Metal Terus menyampuk tentang kemungkinan mereka mengedarkannya secara Underground kerana diketahui penerbitan video memerlukan satu lesen dan juga kelulusan daripada pihak Finas dan Eddie terus menjawab “ Kita orang buat Underground dan kita actually the total purpose kita buat album ni utk Self-Satisfaction ,apa yg kita nak buat dah lama dah tapi tak dapat jadi kita buat album ni adalah perkara utamalah dan masalah jualan ni secondary je. Tapi apapun kita nak introduce kita punya product together with Dvd the making dgn video klip insyallah”. Bila ditanya mengenai bagaimana mereka ingin back-up kos jika menjualnya secara underground kerana pengedaran yg terhad dan Eddie terus menerangkan “Actually kos dia tak mahal…macam kat mainstream ni diorang kata recording berpuluh ribu, tapi actually macam experience ni kitorang bawak daripada Symphonia Melonia, so kos dia tak mahal..apapun semua banyak teknologi sekarang..

Bagaimana perbezaan yg dapat digambarkan mengenai Orion dan Influence nya “ bezanya…kitorang punya influence dah bercampur gaul, so kitorang ambik advantage kat situlah dan campur semua exp yg ada ” jawab Badang ringkas. Seterusnya ditanya mengenai pengalaman yg telah mereka dapat setelah dengan 2 gig sebelum ni “ Huh terlalu banyak pengalaman, terlalu banyak pengalaman yg penting kena struggle, masih jauh lagi so kita masih dibawah lagi lah kalau compare dgn band yg lain yg pernah buat gig lebih dari tu…kita baru 2 je so rasa masih merangkak lagi lah” jawab Eddie merendah diri “Mmg kena merendah diri” tegas beliau tapi Metal Terus mengatakan permainan mereka bagus dengan timing yg tepat dan tidak berterabur sepertimana band lain yang walaupun telah bermain gig banyak kali dan Eddie menegaskan “ Saya pegang prinsip satu jee..actually band lain pun boleh buat macam tu.tapi yg penting displin dgn practice lah..practise dgn teamwork, saya rasa insyallah boleh .. so far dgn band boys semuanya ok dan betul-betul komited, macam Ratno(dummer) dan Bob(basis) dorang mmg komited dan kalau cakap berlatih 2 hours a day, kita akan buat 2 hours a day..so terima kasih banyak pada dorang” Disebabkan mereka adalah bekas ahli Symphonia Melonia jadi perbandingan antaranya tidak dapat lari dan ditanya mengenai perbezaan antara Orion dan Symphonia Melonia daripada pandangan mereka “ Ok ..S.M totally gitar oriented , dan solo-solonya lebih kepada Malmsteen so kali ini Orion lebih tertumpu kepada arrangement musik..lepas tu kualiti muzik dan kita lebih orkestra punya arrangement so solo atau nak gitar gitar hero tak macam Symphonia Melonia tapi still ada solo, cuma speeding tu tak adalah kita totally melodic…” Eddie melontarkan pandanganya dan ditanya apakah satu kelemahan buat Orion tanpa solo-solo hebat “ Saya rasa tak! bukan kelemahan sebab apa yang saya buat research nak kata gitar solo hebat takde jugak Cuma apa yang penting komitmen band tu, you main tight orang akan respek , kalau you solo macam mana tu kalau band tu tak tight pun akan loose kat situ so saya believe kat komitmen band dan main tight..OK. ” Eddie terus menagkis setiap soalan Metal Terus dan terus menyambung “ So kali ni lebih kepada kerjasama satu kumpulan dan bukan bergantung kepada kehebatan gitaris

Bila dibuat perbandingan hasil album Symphonia Melonia dan ditanya kepada Eddie mengenai perkara penting yang akan diambil semasa merakam album Orion dan Eddie terus menerangkan “ Masa Symphonia Melonia kita punya produk tu actually nak buat demo tak sampai ke album tapi dgn ada budget sikit saya suggest lepas tu all the groups member semua setuju untuk proceed buat benda ni ke album jadi kita buat dgn apa yg kita buat record kat rumah so kita try mixing apa yg terbaik dan itu je yg kita mampu. Jadi mmg mixing tu kita tak boleh buat utk totally album lah tapi kita dah belajar..so that why Orion buat kali ni isyallah totally studio.Kita akan buat pre-production kat rumah dulu that’s mean kita study everything dan apa yg tak puas hati kita buat kat rumah dulu lepas tu kita akan sitdown dgn band members dan kita akan practice sebelum records..thats mean 100% kita akan records kat studio. ” Bila ditanya pernahkan semangat mereka untuk main muzik Metal ini pernah hilang kerana melihatkan usia mereka yg telah melebihi 30an “ Saya rasa tak…masih lagi kuat semangat untuk main muzik Metal sebab benda tu hobi” jawab Eddie penuh semangat dan Badang yang duduk si sebelah juga bersetuju tapi Metal Terus terus mengatakan walaupun terpaksa menghabiskan masa “ Saya rasa lagi makan banyak masa lagi banyak kita belajar dan lagi banyak benda kita tak tau…”jawab Eddie dengan tenang.

Metal Terus membangkitkan semangat mereka semasa gig bersama Sil Khannaz di Holliday Villa yang lengang tanpa kelibat peminat “ So far kita anggap benda tu satu positiflah macam orang takde so macamana kita kena fikirlah…macamana nak bagi orang ada so kita kena mainlah kalau daripada situ kita main perfect dgn sound system balance semua saya rasa insyaallah orang akan adalah..benda tu terbuktilah bila kita buat kat Paul Place so far orang datang lepas tu nyanyi sama-sama so satu penghargaanlah buat Orion. ” Eddie sentiasa berfikiran positif

Tapi Metal Terus memandang Badang dan bertanyakan mengenai penjagaan vocal ataupun apakah rahsia sebenar beliau, adakah rahsianya adakah dgn minum tongkat ali “ hahaha Takde rahsialah.practise vocal selalu, hari-hari scalling,humming.kalau lama tak scalling mmg akan droplah. ” Badang membuka rahsianya dengan ringkas

Badang yang merupakan seorang penulis lirik untuk album kali ini ditanya mengenai konsep mereka “ Untuk lirik first album ni ada lebihan daripada lirik Symphonia Melonia dulu so ada tiga lagu tentang sejarah Melaka..Hang Tuah , Puteri Gunung Ledang dan ketiga-tiganya mengenai Melaka..yg selebihnya mengenai kehidupan dan ketuhanan” Metal Terus berseloroh dengan mereka Takde mengenai Pedang hahaha “..hahaha takde…” jawab Badang

Macamana pendapat anda tentang scene Power/Symponic Metal di Malaysia ni “ So far saya tgk very Healthylah..Ok tapi itulah kita ni kekurangan, kekurangan daripada support pihak yg berkenan..that means mana-mana Undergrounds scene semuanya bergerak sendiri takde dorongan daripada pihak-pihak tertentu ” dan bila Metal Terus berkata underground dikuasai oleh pemuzik-pemuzik Death dan Black Metal , Eddie terus menegaskan “Tapi kalau takde dorang gak benda ni takde competition,so benda ni kena ada kira benda yang sihatlah dan sekarang kita sama-sama….hopefully Power Metal akan survivelah ” jawab Eddie.

Eddie… ”Nak Terima kasih pada Pikrama kerana sudi interview Orion..terima kasih banyak-banyak Thank You for your support.Kalau mana-mana yg boleh nyanyi tu practiselah nyanyi mana tau boleh buat backup untuk Orion ke hahaha”

Badang ”First terima kasih pada Pikrama kerana sudi datang interview dan datang gig..terima kasih juga kepada yg support, member semua, kadang-kadang bila kitorang practice tu selalu studio penuh ramai dating tengok..semua yg datang tu mmg terima kasih banyaklah dan yg support Power Metal followers..Thank You!!!”



by : Pikrama
© www.MetalTerus.com 2002 Hak Cipta Terpelihara
Terus Bersama Metal